Apabila membabitkan arahan pihak berkuasa berkaitan COVID-19 bermacam-macam gelagat dapat dilihat.

Namun, apa yang membimbangkan masih ada yang degil dan pandang ringan terhadap masalah pandemik ini.

Buktinya, seorang lelaki di United Kingdom (UK) membuat tindakan 'gila' apabila menggunakan ular sawa hidup sebagai pelitup mukanya.

Tindakan lelaki tersebut yang membiarkan reptilia itu melilit lehernya dan menutup sebahagian mukanya berjaya dirakam oleh orang ramai.

Difahamkan ketika itu, pemuda tersebut berada di dalam sebuah bas di Salford.

Menurut laporan Manchester Evening News, kelakuan pelik lelaki itu ternyata menghiburkan penumpang lain biarpun ada yang berasa bimbang.

"Kali pertama saya ingat dia pakai pelitup muka funky sebelum tersedar itu adalah ular selepas dia membiarkannya melilit di tempat pemegang tangan.

"Semua penumpang terhibur,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Stagecoach di Manchester berkata, keselamatan pengguna dan kakitangan menjadi keutamaan mereka.

"Kami terkejut mendengar laporan ini.

"Kami harap semua pelanggan mematuhi peraturan kerajaan termasuk menggunakan pelitup muka sesuai ketika menaiki pengangkutan awam,” katanya.

Sumber : Manchester Evening News, Harian Metro