"Kerja Halal Banyak, Kenapa Kerja Terpaksa Langgar Syariat Allah Kalian Pilih" - Ingatan Terbuka PU Syed Buat Fasha Sandha?

Amri Hassan
Ogos 28, 2018 09:52 MYT
Selepas kecoh isu pakaian seksi pelakon Fasha Sandha ketika menjayakan sesi fotografi tular di media sosial, ramai yang tampil bersuara.
Tidak ketinggalan Juara Pencetus Ummah musim ketiga, Syed Mohd Bakri Syed Ishak yang menegur tindakan Fasha melontarkan komen berhubung isu terbabit.
"Sekarang semua pakai hujah dosa dgn Tuhan, sedangkan perkara yang dilakukan terkadang di khalayak bukan sendirian.
"Bila berbicara tentang dosa jangan anggap ianya kecil dan jangan bersangka ada masa untuk memohon taubat.
"Kerja halal banyak, kenapa kerja yang terpaksa melanggar syariat Allah kalian pilih.
"Hujah dosa saya dengan Tuhan bagi
seorang artis tidak tepat kerana kalian adalah public figure dan setiap apa yg kalian buat akan memberi kesan pd peminat-peminat kalian.
"Alangkah malangnya lagi jika perbuatan yang tidak baik diikuti oleh mereka.
"Ingatan terbuka buat Fasha Sandha dan sesiapa yang seumpamanya," tulis PU Syed di Instagram.
Sebelum ini, Fasha menjelaskan pakaian seksi itu dipakai hanya ketika bekerja dan urusan itu antaranya dan Tuhan.
Fasha diasak dengan pelbagai komen dan soalan negatif apabila memuat naik videonya menyarung pakaian yang menampakkan dadanya di Instagram pada 18 Ogos lalu.
Bagaimanapun, ruangan komen entri itu telah ditutup.
#Viral #Kontroversi #Fasha Sandha #Viral #PU Syed