Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Kerja Jururawat Pun Nak Menipu Lagi” - Ifa Raziah Dakwa Ditipu Stokis, Rugi RM82,000!

Fiza Kamarudin
03/03/2020 02:46 MYT
Artis versatil, Ifa Raziah mendakwa dirinya ditipu salah seorang stokis produk jualannya menyebabkan kerugiaan sebanyak RM82,000.

Perkara tersebut turut didedahkan Ifa menerusi laman sosial Facebook (FB) dan Instagram (IG)nya sejak semalam.

Ifa ketika dihubungi berkata, laporan polis telah pun dibuat terhadap stokis SolidMolid dari Besut, Terengganu dan Kelantan itu.

Dakwanya, penipu yang bekerja sebagai jururawat dikenali sebagai Aida Mustafa atau Aida Aina itu telah membuat pembayaran menggunakan resit palsu sepanjang satu tahun menjadi stokis.

“Dia telah menjadi stokis selama setahan dan selama itu jugalah dia telah membuat bayaran menggunakan resit palsu.

“Suami saya mula perasan penipuan dia selepas melihat transaksi dalam akaun, tetapi tiada wang masuk daripada dia.

“Rupanya selama ini dia memberikan gambar transaksi resit palsu kepada suami saya untuk mendapatkan barangan kecantikan milik jenama SolidMolid.

"Individu itu sudah mengambil barangan kecantikan saya sejak Februari lalu dan selepas semakan dibuat, sebanyak 28 transaksi diberikannya adalah palsu.

“HQ SolidMolid telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Sentul pda 21 Februari lalu. Saya harap semua berhati-hati dengan dia,” katanya.

Tolong Berhati hati dgn Si Penipu ini yg bernama AIDA MUSTAFA atau AIDA AINA Dia telah menjadi STOKIS SOLIDMOLID dr BESUT TERENGGANU & KELANTAN selama setahun .. Selama itu dia telah membuat bayaran menggunakan resit Palsu .. HQ SOLIDMOLID telah membuat laporan Polis .. di harap semua yg berniaga produk harap berhati2 dgn wanita penipu ini.. Aida ni bekerja sebagai nurse di Klinik Pergigian di Hospital Besut Terengganu. Harap Maklum terima kasih.. dr Ifa Raziah . . . ? WS no dibawah untuk membantu wasap.my/60193722975 wasap.my/60193722975. . #ifaraziah #pukpukpukk #solidmolid #solidberry #solidmolidbyifaraziah #stokistwanted #agentwanted #kuruscantiklentik #malaysiaonlineshop #onlineshopping #missdiva2020 #viral#lebihvogue#ShoppeeMY #lebihhavoc#mestibesterk #ceo #missdiva #starlela#starvendors #starvendors #Rayapastimantap #starvendorsmegarayafest2020.

A post shared by ? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on

Tambah Ifa, selepas dia memuat naik foto tentang wanita tersebut banyak maklumat berkaitan suspek diterima daripada orang ramai.

“Ramai yang hantar mesej (DM), beritahu tentang dia. Ada yang kata dia jururawat pergigian di hospital di Besut dan memang sudah lama buat kerja-kerja menipu ni.

“Malangnya, dia selalu terlepas dan tidak pernah tertangkap. Kali ini saya harap dengan laporan polis ada tindakan diambil terhadap dia.

“Tak boleh dibiarkan kerana lambat laun akan ramai lagi yang menjadi mangsa,” katanya kesal.

Dalam perkembangan lain, Ifa baru sahaja melancarkan muzik video lagu terbarunya berjudul Miss Diva.

Miss Diva merupakan lagu ciptaan gabungan komposer Malaysia dan Indonesia, Hafiz Hamidun bersama Ressa Herlambang.

#Ifa Raziah #Tipu
;