Hiburan
"Kerja Tu Pun Ibadah Kan? No, I'm A Bad Mom .." - Ameera Zaini
Personaliti televisyen, Ameera Zaini meluahkan rasa sedih terhadap putera kesayangannya, Mateen Hasnor Rozaini.
Menurut Ameera akibat kelewatannya bangun pagi untuk pergi kerja, dia terpaksa meninggalkan Mateen yang menginginkan susu.
Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram Ameera buat tatapan pengikutnya.
"Baby boyfie. Hari ni sedih sikit. Mommy sepatutnya bertolak dari rumah at 6.15 am sebab bersiaran pagi & nak elak jem.
"But I only wake up at 6.15 am! Itupun sebab Mateen nak susu.
"Dalam dia tak puas susu tu, mommy terus bangun bersiap sambil dia menjerit-jerit nak mommy.
"Nak pergi dah, tapi dia lari hug kita cakap "nak ikut mommy pergi work".
"Dia tak macam ni selalunya. Harini extra sedih. Mommy bersiaran langsung, jadi kena on time.
"So Meera tinggal je dia dengan daddy. Tuhan je tahu sedih macam mana.
"Dalam perjalanan tu Meera menangis sampai studio. I know he's in a good hand.
"His daddy is there. Nanti kat school dia happy. Dia dah 2 tahun lebih.
"Tapi Meera rasa nak patah balik, just to be with him.
"Siap check potential host to replace me. Tapi mana boleh Meera buat macam tu...
"Kerja tu pun ibadah kan? No, I'm a bad mom.
"But I went out for work not having fun. I'm not a bad mom kan?" luahnya.
Ameera dan Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen.
Must-Watch Video