Pelakon dan pengarah Fauzi Nawawi membuktikan kerjanya sebagai seorang artis tidak menjadi penghalang untuk anaknya cemerlang dalam pelajaran.
Anak Fauzi, Hana Farisha, 18, mendapat keputusan cemerlang dengan mendapat 10 A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Hana, 18, merupakan anak hasil perkahwinan Fauzi bersama bekas isteri sebelum Fauzi mendirikan rumah tangga dengan aktres Lisdawati.
"Alhamdulillah, saya rasa sangat gembira dan bersyukur anak saya mendapat keputusan cemerlang. Perasaan saya ketika itu seperti mahu memberitahu semua orang anak saya mendapat keputusan SPM yang membanggakan.
"Saya mahu buktikan kerjaya sebagai artis bukan satu penghalang untuk saya tunaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan sebaiknya.
"Walaupun saya sibuk bekerja di lokasi penggambaran dan kebanyakan masa terhabis di luar, saya akan tetap memastikan saya mempunyai masa untuk anak biarpun waktu tersebut terhad," kata Fauzi kepada Astro Gempak.
Fauzi juga mahu menangkis pandangan segelintir pihak mengenai peribadi artis yang sering dipandang negatif.
"Saya mendidik anak dengan cara tersendiri. Ada ketikanya keperibadian seorang pelakon dipandang rendah masyarakat luar. Apa yang berlaku dalam keluarga kami tak semua orang tahu.
"Susah payah mendidik anak juga orang tidak tahu, jadi jangan menghukum dan mengecilkan golongan artis. Kita hanya manusia biasa, cuma kerjaya sahaja berbeza.
"Kami tidak pernah bangga dengan populariti dan bakat kerana semua hanya pinjaman Allah. Semua orang boleh berjaya jika ada kemahuan," katanya lagi.
Dalam pada itu, Fauzi juga bercadang mahu memberikan hadiah kepada anaknya untuk meraikan kecemerlangannya dalam SPM.
"Saya mahu memberikan hadiah kepada Hana sebagai tanda penghargaan dia berjaya dalam SPM. Hadiah tersebut pula saya jadikan sebagai satu kejutan untuk dirinya agar menjadi pemangkin untuk dia lebih berjaya di masa akan datang," katanya.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Kamaruddin Razal
Tue Mar 21 2017

![[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak [VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-ya-allah-aku-tidak-mampu-sebak-lihat-farid-kamil-rindu-anak.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Ya Allah Aku Tidak Mampu…” - Sebak Lihat Farid Kamil Rindu Anak
Sedihnya tengok Farid rindu anak-anak...

“Dia Suka Menyakat, Ceriakan Suasana…” - Stacy Masih Terkejut Kehilangan Abang, Kes Kemalangan Dalam Siasatan
Doakan semoga dipermudahkan urusan Stacy dan keluarga.

Tak Nak Menyesal, Baim Wong Berazam Khatam Al-Quran Ramadan Ini
Alhamdulillah...

Selepas Lagu Cover Dapat Jutaan Tontonan, Adrianna Cinta Kini Tampil Dengan Lagu Sayang
Adrianna Cinta Tampil Dengan Lagu Sayang

MODA Lancar Naskhah Eksklusif! Ada Kisah Pereka Popular Malaysia Antaranya Melinda Looi, Alia Bastamam, Rizman Ruzaini & Jimmy Choo Dalam Satu Buku
Jom dapatkan sekarang
![[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming [VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/gambar/video-dah-tua-yes-gemuk-yes-tapi-boleh-berlakon-filem-aksi-eizlan-yusof-minta-hentikan-body-shaming.jpg?ext=.jpg)
[VIDEO] “Dah Tua Yes, Gemuk Yes, Tapi Boleh Berlakon Filem Aksi” - Eizlan Yusof Minta Hentikan Body Shaming
Eizlan kata stop body shaming orang lain.

Buat Hal, Lucinta Luna Pakai Tudung Hormati Ramadan
Kali ni Lucinta Luna nak pakai tudung pula.

Harris Alif Lalui Pengalaman Menarik Isteri Hamil, Kini Tampil Dengan Lagu ‘Terindah’ - “Ketika Proses Merakam, Saya Terima Berita…”
Seronok tengok Harris sekeluarga.

“Jangan Dibunuh Periuk Nasi Orang Belakang Tabir” - Sharnaaz Beri Sebab Tak Patut Boikot Original Gangster
Ramai lagi kru yang mencari rezeki.

Siti Nurhaliza Mahu Bawa Aafiyah, Afwa Melawat Sekolah Miliknya Di Gaza
Datuk Siti teringin bawa Aafiyah dan Afwa ke Gaza.