Kertas siasatan berhubung tangkapan khalwat membabitkan pelakon, Ruhainies dan Aliff Aziz sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan untuk tindakan selanjutnya, pada Khamis.

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Aliff Aziz Mohon Maaf - “Sepatutnya Tunggu Di Lobi, Tak Terfikir…”

BERITA TRENDING: Kes Khalwat, Ruhainies Tampil Cerita Kronologi - “Hanya Ajak Makan Bersama Keluarga, Tak Buka Pintu Sebab…”


Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, proses selanjutnya adalah pendakwaan ke atas kedua pelakon itu.

"JAWI melalui Bahagian Penguatkuasaan sudah pun melengkapkan kertas siasatan berhubung kes itu dan dipanjangkan ke Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan (JAPENS) untuk tindakan lanjut. Tindakan dibuat adalah mengikut undang-undang," katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan JAWI tidak berkompromi dalam soal tangkapan khalwat membabitkan pasangan pelakon itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, pihaknya kini dalam proses melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian yang berlaku di sebuah kondominium mewah di sini, Sabtu lalu.

Sebelumnya, Mohd Na'im dilaporkan berkata, serbuan khalwat yang dilakukan JAWI bukan gimik atau sesuatu tindakan untuk mempromosikan mana-mana pihak termasuk selebriti, sebaliknya dilakukan mengikut prosedur undang-undang yang sudah ditetapkan.

Mohd Na'im menegaskan perbuatan maksiat tetap maksiat dan ia sama sekali tidak boleh dipromosikan selain berkhalwat juga adalah kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

BERITA TRENDING: ​JAWI Tak Akan Lengahkan Siasatan Kes Khalwat Aliff Aziz, Ruhainies

Sumber: Harian Metro