Kertas Siasatan Tatatertib Sudah Dibuka Kerana Pegawai Tidak Memohon Untuk Berkahwin Kali Kedua Dengan Anak Cef Wan!
Fiza Kamarudin
12/04/2021 08:20 MYT
12/04/2021 08:20 MYT
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan sudah membuka kertas siasatan terhadap pegawai polis berhubung isu gagal memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak perempuan cef selebriti terkenal, Serina Redzuawan, 39.
Beliau berkata, pihaknya menyerahkan siasatan kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Perlis berikutan pegawai itu sudah bertukar ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Perlis.
"Pada mulanya memang beliau bertugas di sini (Ipoh) sebagai pegawai trafik dan kini sudah melaporkan diri sebagai pegawai siasatan jenayah di IPK Perlis sejak 2019 lagi.
"Jadi, kita serah siasatan kepada JIPS kerana pegawai ini sudah bertukar ke Perlis," katanya pada majlis sidang media di Mes Pegawai Kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak, petang tadi (Isnin).
Mior Faridalathrash berkata, JIPS Perlis ketika ini sedang menjalankan siasatan berhubung isu pegawai polis terbabit.
"Saya difahamkan satu kertas siasatan tatatertib sudah dibuka terhadap pegawai berkenaan kerana beliau tidak memohon untuk berkahwin kali kedua dengan anak Cef Wan dan siasatan dijalankan oleh JIPS Perlis.
"Difahamkan perkahwinan mereka memang berdaftar dengan sah di Perlis. Lazimnya kalau tidak meminta kebenaran, kita akan ambil tindakan tatatertib melalui jabatan, tetapi bagaimanapun ia bergantung kepada siasatan dijalankan," katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Katanya, beliau tidak mahu mengulas panjang kerana siasatan masih dijalankan.
Minggu lalu Serina mengesahkan dirinya bergelar isteri buat kali kedua menerusi entri dalam laman sosial Instagram (IG).
Cef Wan kemudian meluahkan rasa kecewa apabila hanya mendapat tahu mengenai pengumuman pernikahan Serina daripada kakaknya, dan mendakwa pasangan itu bernikah di Thailand.
Serina bagaimanapun menafikan mereka bernikah di negara jiran, sebaliknya majlis dijalankan di Perlis.
Serina turut menafikan pegawai polis berkenaan (suami) berstatus suami orang, sebaliknya adalah seorang duda.