gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Nur Shahida Mahu Cipta Banyak Memori Bersama Anak-Anak - “17 Tahun Dah Awak Ammar Ahyan, Termenung Mama..."
HIBURAN
Konsert Exists Premium Live Oktober Depan Bakal Beri Kemewahan Peribadi Buat Peminat
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Langkah Bosswan, Syaf Kahar, Nishman & Erika Foo Tamat Di Minggu Kedua
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BERITA

Kes Anak Dirogol Depan Mata: Ibu, Kekasih Ditahan Polis

Gempak
Gempak
29/06/2025
16:55 MYT
Sponsor Banner
Kes Anak Dirogol Depan Mata: Ibu, Kekasih Ditahan Polis
Seorang lelaki warga emas bersama kekasihnya diberkas pada Jumaat disyaki terlibat dalam kes rogol melibatkan remaja perempuan di sebuah rumah di Pandan Indah di Ampang Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, mangsa berumur 13 tahun itu merupakan anak kepada wanita yang juga kekasih lelaki itu.
"Siasatan mendapati mangsa ketakutan sebelum bertindak keluar rumah setelah mendapati satu perbualan antara ibu dan teman lelaki ibunya untuk berjumpa di sebuah hotel di Kuala Lumpur.
"Perbualan tersebut menunjukkan niat teman lelaki ibunya mahu merogol dan telah dibenarkan oleh ibu mangsa sendiri," katanya dalam kenyataan.
Katanya, siasatan turut mendapati mangsa pernah dirogol oleh teman lelaki ibunya pada tahun 2024 dan kejadian itu turut disaksikan ibunya sendiri.
"Siasatan dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua individu warga tempatan masing-masing merupakan wanita berumur 36 tahun dan lelaki berumur 61 tahun oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya.
"Semakan terhadap kedua-dua suspek yang diberkas kira-kira jam 6.30 petang itu mendapati kedua-dua suspek bekerja sebagai pengawal keselamatan dan berniaga," katanya.
Menurutnya, kedua suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah selain tiada rekod jenayah lampau.
Sumber - SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
#Kekasih
#Ibu
#Rogol
#Mangsa
#Kes rogol
#Suspek
#Ibu kekasih
#Kes rogol anak
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement