Kes Baharu Covid-19 Meningkat 5,713 Hari Ini

Fiza Kamarudin
November 4, 2021 10:31 MYT
Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan peningkatan dengan 5,713 kes dilaporkan hari ini berbanding 5,291 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,492343 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.

#COVID-19 #Kes Harian