Laman Utama

Kes Basikal Lajak: Petisyen Pembebasan Sam Ke Ting Terima Hampir 800,000 Sokongan

gempak
Awani
16/04/2022
01:52 MYT
Sponsor Banner
Kes Basikal Lajak: Petisyen Pembebasan Sam Ke Ting Terima Hampir 800,000 Sokongan
Satu petisyen merayu pembebasan Sam Ke Ting, 27, di laman Change.org telah menerima hampir 800,000 tandatangan, setakat jam 5.30 petang ini.
Petisyen berkenaan diwujudkan selepas kerani wanita itu dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun kerana didapati bersalah memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.
Segelintir pengguna media sosial menyifatkan hukuman itu tidak adil dan tragedi itu berpunca daripada kegagalan ibu bapa memastikan anak-anak mereka berada di rumah pada jam 3 pagi.
"Kami rakyat Malaysia berasa marah dengan hukuman Sam, di mana fakta menyokong bahawa dia adalah pemandu yang bertanggungjawab, mangsa sebenar dalam kemalangan ini.
"Kegagalan (berpunca dari) ibu bapa yang membenarkan anak-anak mereka berkeliaran di jalan dengan basikal yang diubah suai, atau "basikal lajak" pada pukul 3 pagi.
"Kami tidak menerima penghakiman ini, dan menyeru hukumannya dibatalkan, supaya masa depan cerah seorang warganegara Malaysia yang muda dan tidak bersalah tidak dibazirkan," itu antara kenyataan pada petisyen berkenaan.
Terdahulu pada Rabu, Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru, Datuk Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman penjara enam tahun beserta denda RM6,000 kepada Ke Ting, yang mana jika gagal bayar akan dikenakan tambahan enam bulan penjara.
Sumber: Astro Awani Kredit foto: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024