Ratu Rock negara, Ella Aminuddin meluahkan kebimbangan terhadap peningkatan kes bunuh diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kata Ella, selain penyumbang statistik utama melibatkan komuniti Melayu Islam, masalah kebimbangan dan kemurungan juga menjadi pembunuh senyap yang mendorong ke arah tindakan luar kawal.

"Baru baru ini, Ella terbaca satu laporan berbentuk artikel yang agak menakutkan.

"Sebanyak 266 kematian berpunca dari bunuh diri direkodkan sepanjang tempoh Mac hingga Oktober tahun lepas (satu hari sorang)!

"60% penyumbang statistik adalah dari komuniti Melayu Islam. Anxiety and depression is real guys, likea silent killer," kata Ella menerusi hantaran di Instagram.



Seru Ella agar masyarakat lebih cakna dan mengambil berat akan hal sekeliling terutamanya ahli keluarga dan jiran terdekat.

"Tekanan perasaan bukan mainan, jangan perkecil keperluan anda atau sesiapapun untuk mendapat sokongan dan bantuan.

"Cuba cubalah ambil berat keluarga/kawan terdekat, mungkin saja ada yang perlukan teman bersembang dan mungkin juga perlukan rawatan kaunseling atau psikologi . Tiada apa yang perlu dimalukan.

"Ella cuma harap kita semua tahu bila masa yang tepat untuk mendapat/memberi sokongan. Di saat pandemik ini , tanya-tanya khabarlah mereka yang berdekatan samaada kerabat , saudara mara, teman ataupun jiran .

"Tak semestinya bantuan kewangan ya, teman bercakap pun kadang kadang lebih besar dan bernilai maknanya. Jangan pula kita berduka lara nanti setelah kehilangan seseorang yang tak terkembalikan," katanya.