Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kes Bunuh Farah Kartini: Penduduk Kampung Gempar Selepas Penemuan Mayat

Gempak
16/07/2024 05:45 MYT
Suasana kampung gempar selepas dikejutkan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, jam 6 petang semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Keledang, Ibrahim Isham Ismail berkata, dia terus ke tempat kejadian selepas dimaklumkan seorang penduduk.

Katanya, dia sungguh terkejut penemuan mayat wanita di ladang berkenaan yang jaraknya kira-kira 700 meter dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Keledang.

"Jalan ke lokasi kejadian adalah jalan yang digunakan penduduk kampung jika ada urusan di Behrang dan Tanjung Malim, Perak," katanya.

Ibrahim Isham berkata, jalan berkenaan biasanya dilalui penduduk pada waktu siang sahaja kerana pada waktu malam, jalan berkenaan agak sunyi.

"Saya harap penduduk yang menggunakan jalan berkenaan supaya berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitaran jalan berkenaan," katanya.

Semalam, media melaporkan mayat Nur Farah Kartini, 25, ditemukan 6 petang di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor.

Susulan penemuan mayat berkenaan, polis menahan penjawat awam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, suspek berusia 26 tahun itu ditahan susulan penemuan mayat wanita berkenaan.

BERITA TRENDING: Berang Diugut Dedah Hubungan Sulit Dengan Isteri Disyaki Punca Nur Farah Kartini Dibunuh

BERITA TRENDING: Suspek Bunuh Farah Kartini Teman Lelaki, Seorang Anggota Polis

BERITA TRENDING: Sahabat Baik Nafi Nur Farah Kartini Ikut Teman Lelaki Ke Thailand - “Kalau Tak Ada Benda Baik Nak Cakap Better Jangan, Boleh Guris Hati Keluarga”

BERITA TRENDING: Suspek Kes Kematian Nur Farah Kartini Direman 7 Hari

BERITA TRENDING: Mayat Farah Kartini Ditemui, Dipercayai Dibunuh Individu Dikenali

Sumber: Harian Metro
#Viral #Kekasih #Bunuh #Perak #Polis #Kampung #UPSI #Tanjung Malim #Penduduk #Farah Kartini
;