,
Laman Utama

Kes Cabul Budak Umur 2 Tahun, Hafiz Mahamad Enggan Susahkan Caprice - "Saya Hargai Sokongannya Tapi Biarlah ..."

Amri Hassan
23/12/2022
08:50 MYT
Pempengaruh dan usahawan viral Hafiz Mahamad berbesar hati dengan tawaran Caprice untuk membantu menyelesaikan isu kes pencabulan kanak-kanak berusia dua tahun seperti yang tular sejak kelmarin.
Jelas Hafiz, dia enggan menyusahkan pihak lain terutamanya Caprice dalam hal terbabit sebaliknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak berkuasa.
"Caprice antara orang yang saya kenali awal berniaga dulu dan dia antara individu yang membantu saya ketika kami kena kecam suatu ketika dahulu. Dia sentiasa support kami, suruh kami bangun. Sampai sekarang saya masih terhutang budi dengannya.
"Sebagai orang pernah dibantunya, saya mengenang jasanya. Cuma, untuk situasi sekarang ini, saya tidak akan menyusahkannya kali kedua walaupun dia memberikan sokongan dan mahu menghulurkan bantuan kepada saya. Walaupun dia ada connection dan boleh tolong, saya tak nak susahkan dia.
"Saya juga hargai semua pihak yang memberikan respon dan mahu membantu kes pencabulan kanak-kanak itu, tapi sekarang saya serahkan kepada pihak polis kerana tak nak isu berbangkit.
"Walaupun ada pihak tak bersetuju dengan posting saya naikkan tapi saya rasa saya ada hak untuk mendidik orang ramai dan fokus terhadap isu semasa melibatkan perkara sensitif seperti pencabulan kanak-kanak ini," katanya kepada Gempak.
Hafiz yang ditemui bersama isterinya, Syafiqah Aina ketika majlis Briefing & Chillin’ with AINAA Beauty di Marriot Putrajaya menegaskan tindakannya berkongsi video pendedahan seorang kanak-kanak dicabul pada Isnin lalu dirasakan tepat bagi mendidik masyarakat tentang senario yang berlaku di sekeliling.
"Untuk isu kanak-kanak yang dicabul seperti yang saya kongsikan di media sosial saya, saya tidak boleh berikan maklumat secara terperinci kerana ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Saya pun blurkan banyak visual kerana melibatkan masa depan anak tersebut.
"Sebenarnya saya kurang keberanian untuk respon dan berkongsi tentang isu-isu semasa selama ini, tapi apa yang terjadi melibatkan ahli keluarga pasukan saya. Itu sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab saya dan saya kedepankan isu itu atas keizinan ahli keluarganya.
"Saya juga mahu memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk 'menakutkan' individu yang melakukan kesalahan itu dengan kuasa viral.
"Saya nak naikkan satu kesedaran, cukup-cukuplah, kasihan budak-budak itu. Saya juga ada semak dengan kenalan saya banyak kes melibatkan pencabulan kanak-kanak masih belum selesai sebab kes ini terlalu banyak, jadi ia perlu dihentikan!" ujarnya.

Polis tahan suspek

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan telah menahan reman seorang lelaki berusia 25 tahun bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek ditahan reman bagi membantu siasatan dan kes di siasat mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTKK) 2017.
“Siasatan awal mendapati, suspek ialah suami kepada pengasuh di taman asuhan kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada media.
Katanya, siasatan mendapati, doktor mengesahkan terdapat kesan calar sepanjang 0.5 sentimeter (cm) pada kemaluan mangsa, namun tiada koyakan.
Wan Kamarul Azran berkata, doktor juga tidak dapat mengesahkan punca kecederaan kecil pada kemaluan mangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Wah! Ruhainies Dapat Sejambak Bunga Lepas Balik Mahkamah

gempak
17/10/2024
23:40 MYT
Pulang daripada mahkamah selepas sebutan kes khalwat, pelakon sensasi Ruhainies berkongsi sepotong video menerima sejambak bunga.
Hiburan

Batik Corak Venom Curi Perhatian Netizen! - "Bangganya Dengan Batik Malaysia"

gempak
17/10/2024
18:53 MYT
Hebat anak Malaysia! Batik Malaysia mendapat perhatian dunia apabila seorang pelukis tempatan, Arif Rafhan Othman, berjaya mencipta sesuatu yang luar biasa dengan menggabungkan unsur tradisional dan moden.
Hiburan

Rossa Buka Panggung Usanita Entertainment, Tampil Jadi Tetamu Talk Show Bersama Awal Ashaari!

gempak
16/10/2024
17:21 MYT
Penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa telah dipilih sebagai selebriti pertama untuk merasmikan Usanita Entertainment, sebuah cabang terbaru di bawah Usanita Sdn Bhd yang komited memperkasa dan menaik taraf industri kreatif tempatan.
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

gempak
16/10/2024
13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.
Viral

Chef Selebriti Ditangkap Songlap Berlian, Emas Peminat Bernilai RM2.5 Juta

gempak
16/10/2024
07:50 MYT
Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef di Thailand ditangkap pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barangan kemas milik seorang peminatnya.
BorakSeeni