HIBURAN
Kes Cerai Nora Ariffin & Suami Dibawa Ke Proses Hakam – “Kuasa Talak Bukan Pada Wanita”
Proses perceraian antara penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin dan suami, Dr Rushdi masih belum menemui jalan penyelesaian.
Ketika ditemui OhBulan!, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin, 51, menyerahkan segalanya kepada kuasa mahkamah susulan hasrat Dr Rushdi yang masih mahu mempertahankan perkahwinan mereka.
“Saya sudah buat apa yang sepatutnya. Malangnya, kuasa talak bukan pada saya.
“Jadi, kepada pihak-pihak tertentu (isteri pertama), kalau mahu berhujah atau berbuat apa-apa lagi, silakan berhujah dengan suami puan.
“Saya tidak mahu masuk campur dan kalau boleh, saya mahu segera keluar daripada lingkaran yang toksik ini,”katanya.
Namun, perbicaraan tadi dipanjangkan kerana Dr Rushdi masih mahu meneruskan. Jadi, kita perlu pergi ke peringkat seterusnya iaitu hakam.
Bagaimanapun, Nora masih bertegas untuk tetap berpisah setelah berdepan dengan pelbagai krisis rumah tangga.
“Hari ini saya sudah bersedia (untuk bercerai) sejak hari perbicaraan pertama lagi. Saya sudah bersedia menerima apa sahaja kemungkinan atau kebarangkalian.
“Saya sudah buat apa yang sepatutnya dan mengikut semua prosedur mahkamah.
“Dalam mahkamah tadi, ia berdasarkan perbincangan kita seterusnya. Namun, keputusan daripada pihak Dr Rushdi tetap tidak mahu melepaskan.
“Saya pula tidak akan menarik balik permohonan itu. Jadi, perkara itu masih tidak selesai di situ. Kita akan teruskan ke peringkat seterusnya iaitu hakam,” jelasnya.
Dalam pada itu, Dr Rushdi Ramli, 59, pula enggan mengulas lanjut berhubung proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang berlangsung hari ini.
Semasa ditemui pada pekarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Dr Rushdi, bagaimanapun menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.
“Saya tidak boleh mengulas lanjut di atas beberapa sebab tertentu. Proses selepas ini adalah perlantikan hakam untuk tujuan perdamaian.
“Saya serahkan kepada Allah yang terbaik, tetapi jika bertanya kepada saya sudah semestinya dalam perkahwinan kita tak mahu bercerai.
“Kecuali ada alasan yang munasabah dan diredhai oleh Allah. Tetapi jika tiada alasan yang munasabah, kita tak patut berpisah,” katanya.
Ketika disoal tentang hubungan isteri pertamanya, Rose Aliza Sutrisno dengan Nora, Rushdi hanya mengharapkan yang terbaik.
“InsyaAllah, tetapi itu adalah perkara yang tidak boleh saya ulas lanjut. Ia suatu perkara yang seronok tetapi saya tak boleh beri komen lagi.
“Prosiding perceraian Rushdi dan Nora akan diteruskan pada lagi 3 September hadapan bagi proses hakam.
Terdahulu, Nora melantik Rafeah, manakala Rushdi memilih rakannya Syamsul Omar sebagai wakil JKP.
Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran di Instagram (IG) miliknya yang memaparkan video lafaz cerai oleh Dr Rushdi terhadapnya.
Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, Nora memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.
Imbas kembali, pada 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya.
Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.
Namun, Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.
Sumber: Oh Bulan