Pada 20 Julai lalu, negara digemparkan dengan kejadian mural gergasi pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12 dekat Shah Alam, diconteng dengan kata-kata kesat.

Susulan itu, tiga wanita warga tempatan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Walaubagaimanapun hari ini, Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin mengumumkan ketiga-tiga wanita warga tempatan itu dibebaskan.

Pembebasan itu dibuat selepas tiada bukti kukuh mereka terbabit dalam kes itu.

"Tiga minggu lalu, tiga wanita yang pada mulanya kita syaki terbabit dalam kes itu, tetapi apabila diambil keterangan, polis dapati mereka mempunyai alibi kukuh bahawa mereka tidak boleh disabitkan dengan jenayah itu.

"Kami masih bekerjasama dengan Bukit Aman dari segi teknikal untuk mengenal pasti mereka yang terbabit dalam kes itu, kami akan terus berusaha lagi," katanya.

Untuk makluman, sebelum ini juga viral satu visual menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan kelibat dua wanita.

Mereka dipercayai menjadi dalang yang merosakkan mural barisan pemimpin negara itu.


Sumber : Harian Metro