,
Laman Utama

Kes COVID-19 India Tengah 'Menggila', Selebriti Bollywood Dikecam Lari Bercuti Ke Maldives

Amri Hassan
02/05/2021
14:50 MYT
Ketika negara India sedang berdepan krisis COVID-19 yang memuncak, beberapa bintang terkenal Bollywood dikecam hebat apabila berkongsi foto bercuti sakan di luar negara.
Difahamkan, ketika negara itu sedang mencatatkan rekod jangkitan membimbangkan, hospital kekurangan sumber dan pertambahan bilangan mayat, ramai golongan 'kayangan' cuba keluar daripada kekalutan itu.
Antara lokasi yang menjadi pilihan ialah pulau peranginan Maldives, yang popular bagi golongan berada yang mampu menyewa jet peribadi demi kepentingan sendiri.
Ranbir Kapoor yang menjadi pelakon keenam menerima bayaran tertinggi di Bollywood dilihat meninggalkan India bersama kekasihnya, Alia Bhatt pada 19 April lalu.
"Maldives calling," tulisnya ketika bersama Bhatt di lapangan terbang Mumbai, India.
Selain itu, pasangan Bollywood Disha Patani dan Tiger Shroff turut berada di kepulauan itu sambil berkongsi foto sedang berjemur di sebuah resort mewah di sana.
Bagaimanapun, kedua-dua pasangan itu sudah kembali ke India namun pada masa sama masih mendapat kecaman hebat dari orang ramai termasuk rakan selebriti.
Bagi memulihkan imej yang tercalar, pelakon Alia Bhatt kini menukarkan profil Instagramnya kepada pusat rangkaian bantuan COVID-19 berkolaborasi dengan wartawan India, Faye D'Souza.
Bintang filem Gully Boy itu juga membantu menyebarkan talian bantuan di beberapa negeri di India menggunakan media sosialnya.
Sama seperti pasangan kekasih Tiger Shroff dan Disha Patani yang kini sedang menggalakkan rakyat di India untuk mendapatkan suntikan vaksin.
Beberapa bintang terkenal Bollywood yang turut menetap di luar negara turut membantu India, antaranya Priyanka Chopra.
Priyanka dan suaminya Nick Jonas telah melancarkan tabung derma yang telah mengutip lebih 200,000 Pound Sterling (RM1.13 Juta) dalam tempoh sehari.
Awal April lalu, India melaporkan peningkatan tempahan jet peribadi untuk meninggalkan negara tersebut ke Eropah, Asia Barat dan Maldives ketika gelombang kedua COVID-19 mengancam negara itu.
Sumber: Independent.co.uk, HindustanTimes, The Sun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Foodie Hawker Awards 2024 Iktiraf Penjaja Tempatan! - "Ia Menjadi Anugerah Untuk Rakyat Dari Rakyat"

gempak
15/10/2024
14:18 MYT
Foodie Hawker Awards 2024, sebuah inisiatif pengiktirafan penjaja tempatan yang pertama di Malaysia, bertujuan untuk meraikan budaya makanan jalanan Malaysia yang pelbagai sambil menyokong penjaja tempatan.
Viral

Pengasuh ‘Gila’, Campur Pil Terlarang Dalam Susu Agar Bayi Kuat Makan

gempak
14/10/2024
21:22 MYT
Manusia makin hari makin di luar kewarasan. Seperti perbuatan kejam dan kurang siuman seorang pengasuh terhadap bayi di bawah jagaannya terbongkar baru-baru ini.
Viral

Jofliam Tegur Cik Epal, Minta Jaga Maruah Ketika Tempoh Iddah - "Sejak Cerai, Tinggalkan Anak, Tak Tahu Pergi Mana"

gempak
14/10/2024
04:30 MYT
Pempengaruh dan usahawan, Jofliam tampil menegur tindakan bekas isterinya, Cik Epal agar menghormati tempoh iddah.
Viral

Alice Chang Sorok Identiti, Cuba Nasib Kerja Di Kedai Aiskrim Lepas Dipecat Cium Doh Roti

gempak
14/10/2024
01:55 MYT
Nama Alice Chang kembali menjadi sebutan apabila dia tidak berputus asa untuk mencuba nasib menjadi pekerjaan baharu di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.
Viral

Hilang 20 Tahun, Tangan & Kepala Ditemui Beku Dalam Peti Sejuk

gempak
13/10/2024
13:22 MYT
Penemuan tangan dan kepala di dalam ruangan beku peti sejuk di sebuah kediaman di Colorado, Amerika Syarikat merungkai misteri kehilangan seorang gadis 20 tahun lalu.
BorakSeeni