Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kes COVID-19 Naik Melonjak Kepada 62 Kes, Sebahagian Besar Di Kluster Benteng Lahad Datu

Asraf Aided 07/09/2020 | 11:05 MYT
Kes baharu positif COVID-19 di negara ini melonjak kepada 62 kes melibatkan 56 kes tempatan dan enam kes import, lapor AWANI.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini, kebanyakan kes yang direkodkan melibatkan Kluster Benteng di Sabah dengan 50 kes.
56 kes penularan tempatan melibatkan 30 warganegara Malaysia dan 26 bukan warganegara.
Perinciannya adalah seperti berikut.
Sabah:
• 50 kes daripada Kluster Benteng LD.
• Satu kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) dikesan di Hospital Lahad Datu.
Kedah:
• Dua kes daripada Kluster Sungai.
• Satu kes saringan Kluster Telaga; dan
• Satu kes saringan bergejala di sebuah klinik pergigian di Alor Setar.
Pulau Pinang:
• Satu kes saringan kontak rapat kepada kes positif ke-9397.
Manakala bagi enam kes import, ia melibatkan dua warganegara Malaysia dan empat bukan warganegara.
Perinciannya adalah seperti berikut.
• Turki (dua kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Bangladesh (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes di Selangor)
• Indonesia (satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
• Mesir (satu kes di Selangor)
Dengan penambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia adalah 9,459 kes dengan kes aktif dan kebolehjangkitan meningkat kepada 207 kes.
Sehingga kini terdapat enam kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.
Sementara itu, terdapat sembilan kes telah pulih COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif sembuh sepenuhnya adalah 9,124 kes (96.5 peratus).
Tiada pertambahan kes kematian baharu direkodkan di negara ini pada Isnin, jumlah kematian kekal 128 kes.
Sumber : Astro AWANI//Nursyazwani Saiful Sham
#COVID-19 #Kes Baru
;