Kes Dera Anak Digugurkan, Ibu Dedah Kronologi Kejadian
Umirah Halim
14/05/2024 11:55 MYT
14/05/2024 11:55 MYT
Ibu kepada bayi yang dipercayai pernah didera di sebuah taska terkenal luah rasa kecewanya kerana kes penderaan anaknya itu telah digugurkan.
Menurut wanita berkenaan, bukti iaitu rakaman litar tertutup CCTV di taska yang dirampas dipercayai telah dipadam mengakibatkan kes siasatan tidak dapat diteruskan.
“Apabila kami mendapat tahu rakaman bukti CCTV masih belum berada di tangan pihak polis, suami telah menggesa polis untuk segera mendapatkan bahan bukti sebelum video rakaman CCTV overwrite.
“Setelah selesai siasatan, dan disoal oleh saya, baru la saya diberitahu oleh penyiasat bahawa rakaman yang dirampas kali ini hanyalah bermula pada tarikh 30/1/2024, sedangkan hari terakhir anak saya di taska adalah pada 26/1/2024! Rakaman CCTV mungkin telah overwritten,” jelasnya.
“Setelah banyak kali follow-up dengan pihak polis, akhirnya saya telah mendapat berita mengenai keputusan dakwaan kes dera anak saya telah digugurkan.“Menurut laporan yang telah saya terima, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan:
Bagaimanapun, pada akhir untaian, wanita tersebut hanya berharap agar kes ini dibuka semula dan disiasat dengan penuh keadilan.
“Harapan saya hanyalah satu.Kes ini dibuka semula dan disiasat dengan penuh adil dan saksama,” tulisnya lagi sambil meletakkan pautan bukti-bukti tambahan yang lain bagi kes tersebut.
Terdahulu, video seorang wanita yang dipercayai mendera kanak-kanak di taska telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Akma Nur Amanina pada Februari lalu.
Sumber: X
Berita Trending: Boyfriend Pengasuh Sendiri Dedahkan Footage Kanak-Kanak Istimewa Didera Di Taska Semenyih? Netizen Puji; "Terima Kasih Jadi Lelaki Bijak"
Ibu dedah kronologi
Menerusi perkongsian di Platform X, wanita tersebut bertindak mendedahkan kronologi sebenar kejadian sepanjang kes penderaan anaknya yang berumur sekitar 8-9 bulan itu.Menurut wanita berkenaan, bukti iaitu rakaman litar tertutup CCTV di taska yang dirampas dipercayai telah dipadam mengakibatkan kes siasatan tidak dapat diteruskan.
“Apabila kami mendapat tahu rakaman bukti CCTV masih belum berada di tangan pihak polis, suami telah menggesa polis untuk segera mendapatkan bahan bukti sebelum video rakaman CCTV overwrite.
“Setelah selesai siasatan, dan disoal oleh saya, baru la saya diberitahu oleh penyiasat bahawa rakaman yang dirampas kali ini hanyalah bermula pada tarikh 30/1/2024, sedangkan hari terakhir anak saya di taska adalah pada 26/1/2024! Rakaman CCTV mungkin telah overwritten,” jelasnya.
Kes digugurkan
Susulan itu, kes penderaan berkenaan dipercayai telah digugurkan kerana tiada keterangan dan bukti yang kukuh terhadap tertuduh.“Setelah banyak kali follow-up dengan pihak polis, akhirnya saya telah mendapat berita mengenai keputusan dakwaan kes dera anak saya telah digugurkan.
“Menurut laporan yang telah saya terima, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan:
1) Tiada keterangan yang kukuh untuk membuktikan kes terhadap tertuduh.
2) Kes tidak diteruskan,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, pada akhir untaian, wanita tersebut hanya berharap agar kes ini dibuka semula dan disiasat dengan penuh keadilan.“Harapan saya hanyalah satu.Kes ini dibuka semula dan disiasat dengan penuh adil dan saksama,” tulisnya lagi sambil meletakkan pautan bukti-bukti tambahan yang lain bagi kes tersebut.
Terdahulu, video seorang wanita yang dipercayai mendera kanak-kanak di taska telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Akma Nur Amanina pada Februari lalu.
Sumber: X