Semenjak awal pagi, tragedi yang menimpa enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.

Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.

Air deras tiba-tiba berlaku menyebabkan keenam penyelam berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam tertanggal.

Anggota di darat berjaya menarik kesemua penyelam tersebut namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan tetapi tidak berjaya.

Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.

Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.

Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berkenaan isu tersebut menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.

Berita yg sangat sedih buat semua ahli bomba dan jabatan bomba.. Salam takziah buat semua ahli keluarga.. Hero yg pasti tiada perpenghujung, terkorban semasa bertugas adalah satu kematian yg sgt mulia.. Al fatihah .. Budak 17tahun masih belum jumpa.. katanya jatuh memancing.. semoga kita ambik iktibar..

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Saya pernah bekerja, bergurau, bergelak dgn mereka, dan mereka adalah yg terbaik dalam unit di air malaysia, mereka adalah unit elit khas.. dan kehilangan yg sgt terasa buat unit di air bomba malaysia.. dan mereka sgt terlatih dan mahir dalam misi menyelamat.. banyak kes mereka bersabung nyawa dan berjaya selamatkan.. tetapi kali ini mereka dijemput oleh Allah atas tugas mereka.. sy sangat terkesan dengan kehilangan unit di air bomba malaysia.. mereka telah gugur dan syahid ketika melakukan kebaikan.. semoga Allah luaskan kubur mereka, dan jadikan kematian ini syahid yg paling indah buat ke enam enam hero sebenar malaysia.. @jabatanbombadanpenyelamat telah kehilangan asst paling besar negara.. ?

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on


Sementara itu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi perasaannya menerusi ruangan Instagram miliknya.

Takziah buat seluruh ahli keluarga pasukan penyelamat, moga jasa bakti mereka diangkat menjadi amalan terbaik di sisiNya. Amiin.#Repost @buletin_malaysia ・・・ #buletinmalaysiaLemas Inilah enam anggota bomba yang mati lemas selepas terbelit tali yang dipakai antara satu sama lain ekoran arus deras ketika operasi mencari dan menyelamat seorang mangsa yang dilaporkan hilang di Tasik Putra Perdana, Puchong, Selangor malam tadi. Mereka yang terkorban ialah Mohd Fatah Hashim, 34, Adnan Othman, 33, Mazlan Omarbaki, 24, Izatul Akma Wan Ibrahim, 31 , Yahya Ali, 25, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25. Takziah kepada keluarga keenam-enam ‘hero rakyat’ ini. #kosmo #tragedibombalemas ##pengorbananbomba #herorakyatMalaysia #takziah #alfatihah . Sumber: @kosmo_online

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on


Selebriti lain seperti Norman Hakim dan Haziq Hussni turut berkongsi rasa yang sama menerusi Instagram (IG) mengenai kes yang menimpa keenam penyelam tersebut.

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون . . 6 WIRA kita terkorban dalam misi menyelamat.Pengorbanan wira-wira negara ini sesuatu yang tidak ada tolok bandingnya.Salam takziah kepada seluruh keluarga mangsa . . "Ya Allah Ya Tuhanku.. Ampunilah mereka, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka, muliakanlah kematian mereka, lapangkanlah kubur mereka, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal mereka dan berilah kesabaran kepada ahli keluarga mereka, semoga arwah-arwah ini ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman & tolonglah Ya Allah tempatkan mereka bersama para Syuhada.." AL-FATIHAH.. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين . . "Ya Allah,berikanlah ketabahan buat seluruh warga Jabatan Bomba, ahli keluarga mangsa, dan juga seluruh rakyat Malaysia umumnya...lindungilah kami semua dari malapetaka & bencana Ya Allah...Aamiin Ya Rabb"?

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Nyawa mereka diambil semasa operasi menyelamatkan 1 nyawa lain. Real heroes! Salam takziah to their family. Innalillah. Al-Fatihah #Heroes

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on