Kes Enam Anggota Bomba Lemas: Siti Nurhaliza, Sharnaaz Ahmad & Norman Hakim Turut Berkongsi Kesedihan

Zulaikha Yusof
Oktober 4, 2018 05:37 MYT
Semenjak awal pagi, tragedi yang menimpa enam penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) menjadi topik hangat yang dibincangkan di laman sosial.
Pada mulanya, pasukan berkenaan dilaporkan turun ke lombong pada pukul 9.15 malam Rabu bagi mencari dan menyelamat seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke dalam lombong.
Air deras tiba-tiba berlaku menyebabkan keenam penyelam berpusing di dalam air serta menyebabkan peralatan menyelam tertanggal.
Anggota di darat berjaya menarik kesemua penyelam tersebut namun berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) telah dilakukan tetapi tidak berjaya.
Dua anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan empat dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang meninggal dunia dalam tragedi itu.
Selebriti tempatan juga turut berkongsi rasa sedih mereka berkenaan peristiwa tersebut.
Pelakon Sharnaaz Ahmad meluahkan perasaan berkenaan isu tersebut menerusi sebuah entri di Instagram miliknya.
Sementara itu, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut berkongsi perasaannya menerusi ruangan Instagram miliknya.
Selebriti lain seperti Norman Hakim dan Haziq Hussni turut berkongsi rasa yang sama menerusi Instagram (IG) mengenai kes yang menimpa keenam penyelam tersebut.
#Meninggal Dunia #Siti Nurhaliza #Sharnaaz #Enam Anggota Bomba Lemas