Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 4,262 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,711,764.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.



“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, netizen menerima angka kes positif COVID-19 dengan hati yang terbuka.

“Kes harian terus naik lagi tapi kalau dibanding dengan kes harian Jumaat lalu, ada penurunan yang mendadak. Harap kes sembuh harini terus kekal tinggi dan melebihi kes harian lagi.

“Walaupun kes harian semakin kurang dan stabil tapi jangan leka dan masing-masing terus patuh dengan jaga kebersihan supaya kes harian tidak akan meningkat mendadak lagi, terutamanya variant Omicron semakin mengganas,” ujar seorang pengguna Facebook.

Untuk rekod, kes positif COVID-19 pada Jumaat lalu adalah 5,058.