Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 6,060 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,460,809.


Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Twitter dan Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa sedikit lega memandangkan kes hari ini berkurangan sedikit berbanding semalam.

“Syukur. Kes menunjukkan sedikit penurunan walaupun masih melebihi 6,000 kes. Harap kes baharu akan menurun lagi esok, lusa dan seterusnya,” katanya.

Sementara itu, ada juga yang melahirkan keluhan memandangkan kes tidak turun lebih banyak seperti yang diharapkan ramai orang.

“Susahnya nak turun bawah 1k,” luah netizen.

***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!