Kes harian negara menunjukkan penurunan dengan 3,900 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,703,140.



Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW:https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.

Rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa syukur melihat penurunan angka kes positif, terutama pada pertengahan minggu.

“Syukur kes harini bawah 4,000 lagi, Rabu biasanya naik tapi harini pun turun kes. Harap terus menurun lagi.

“Dengan ini, kes purata seminggu mencatatkan penurunan mendadak daripada 4,464 kes semalam kepada 4,303 kes, iaitu terendah sejak 11 Mei! RT dijangka menurun ke 0.92 & ke bawah harini.

“Ini merupakan kali pertama sejak awal bulan Mei pada hari Rabu kes bawah 4,000,” ulas seorang netizen menerusi ruangan komen Facebook Noor Hisham.