Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kes Harian COVID-19 Naik Ke Angka 4,097, Netizen Harap Kes Sembuh Tinggi

Izwan Isa 14/12/2021 | 10:50 MYT

Kes harian negara menunjukkan peningkatan dengan 4,097 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes keseluruhan sebanyak 2,699,240.

Menerusi kemas kini yang dikongsikan di laman Facebook, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman CovidNow.
“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my . Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam,” tulisnya.
Sungguhpun rata-rata pengguna laman sosial melahirkan rasa bimbang, namun, masih ada yang optimis dengan angka yang dilaporkan hari ini.
“Kes harian naik lagi tapi sebab saringan yang tinggi biasanya di weekdays, harap kes sembuh terus kekal tinggi dan melebihi kes harian lagi.
“Walaupun kes harian dalam trend penurunan dan semakin stabil, jangan leka dan terus patuh SOP dengan jaga kebersihan supaya kita boleh memastikan kes harian tidak akan naik mendadak lagi, dan kes harian yang sentiasa di tahap rendah agar dapat transaksi ke fasa endemik secepat mungkin,” kata seorang pengguna Facebook.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanya sampai bilakah kes akan berada pada paras yang sama.
“KPI 1,000 kes sehari bila boleh berlaku? Sudah lebih 100 hari, tapi masih atas 4,00 sehari,” kata seorang lagi netizen.

#COVID-19
;