Kes Influencer Tunjuk Kemaluan, Bekas Kekasih Pempengaruh ‘Tebuk Quran’ Pilih Untuk Berdiam Diri - “Saya Masih Lagi Menjaga Aib Dia”
Firdaus
03/06/2024 23:55 MYT
03/06/2024 23:55 MYT
Wanita yang mendakwa dirinya bekas kekasih pempengaruh Islamik, Qawiyaro, memilih untuk berdiam diri berkaitan kes seorang influencer yang ditahan berhubung tindakan menunjukkan kemaluan kepada seorang individu menerusi panggilan video.
“Saya masih lagi menjaga aib dia...
Menurut wanita yang dikenali sebagai Nur Atyka Jalil, 24, keputusan tersebut dibuat kerana mahu menjaga aib pempengaruh berkenaan dan pendedahan yang dilakukan sebelum ini hanyalah sebagai salah satu langkah menyelesaikan kemelut antara dirinya dan influencer itu.
“Untuk saya yang mengenali dia perkara itu betul atau tidak, biarlah rahsia. Saya hanya beritahu yang mana perempuan-perempuan tunjuk itu, itulah dia.
“Saya masih lagi menjaga aib dia, walaupun saya post benda tu,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Mahu Selesaikan Masalah
Dalam pada itu, Atyka mengakui tidak berasa bangga dengan tindakan yang dilakukan dan hanya mahu menyelesaikan masalah yang berlaku di antara mereka secepat mungkin.
“Perasaan saya tak ada lah saya rasa bangga ataupun puas hati dengan apa yang saya dah buat ni. Sebab saya pun dah berhenti post apa-apa pasal dia.
“Jadi saya nak selesaikan dengan cara berjumpa. Kalau berjumpa reaksi dia baik, kita akan selesaikan cara baik, kalau cara dia kasar, saya pun akan kasar.
“Saya akan ikut situasi, kalau ikutkan memang nak selesaikan cara baik. Perkara ni pun kalau ikutkan saya tak nak libatkan banyak pihak.
“Zaman sekarang ni zaman fitnah, kita buat kebaikan pun orang cakap fitnah, orang cakap kita ni jahat,” katanya.

BERITA TRENDING: “Pasal Putus Hubungan Disebabkan Ibu Dia Juga” - Ex Influencer ‘Tebuk Quran’
Sekadar info, Atyka sebelum ini pernah memuat naik sijil kursus kahwin bersama influencer itu sebagai bukti bahawa mereka pernah menjalinkan hubungan.
Selain itu, Atyka turut memuat naik tangkap layar perbualan antara pempengaruh berkenaan dengan ibunya yang mengkritik tentang fizikalnya.
Sementara itu, Qawiyaro atau lebih dikenali sebagai Qawi pula dituduh terlibat dengan jenayah gangguan seksual yang tular di media sosial.
Susulan itu, influencer berkenaan mengeluarkan kenyataan di Instagram Storiesnya menafikan dakwaan tersebut dan melabelkan perkara itu sebagai fitnah terhadap dirinya.