Anmum Essential membina IQ dan membentuk EQ. Anak korang menjadi hebat!

Kes Kamal Adli Diserang, Mahkamah Singapura Tangguh Dua Minggu Lagi, Ini Antara Sebabnya…

Gempak
27/06/2023 05:22 MYT
Mahkamah Singapura membenarkan penangguhan dua minggu lagi untuk pendakwa raya menjalankan siasatan lanjut ke atas seorang lelaki yang didakwa menyerang pelakon Kamal Adli.

Hakim Daerah Ong Hian Sun juga mengekalkan tiada jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 10 Julai untuk sebutan kes.

"Pendakwaan kes polis belum lagi bersedia. Kami memohon penangguhan selama dua minggu. AGC (Jabatan Peguam Negara) telah berunding dan IO (pegawai penyiasat) telah dibimbing untuk menjalankan siasatan lanjut,” kata pendakwa raya.

Tertuduh yang muncul melalui pautan video pada Isnin diwakili oleh peguam Wee Hong Shern dari Ong & Co. LLC.

Wee tidak mempunyai bantahan terhadap penangguhan itu dan juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa anak guamnya telah mengarahkannya untuk membuat permohonan ikat jamin.

Hong Shern juga bertanya kepada pihak pendakwaan sama ada siasatan lanjut pihak berkuasa berkaitan dengan pertuduhan baharu atau yang sedia ada.

Pendakwa raya dalam reaksinya berkata: "Ia adalah atas pertuduhan sedia ada. Pertuduhan baharu masih belum ditawarkan.”

Lelaki berusia 33 tahun itu didakwa di Mahkamah Negeri pada 14 Mac kerana "disyaki terlibat dalam kes menyebabkan kecederaan dengan senjata berbahaya secara sukarela".

ARTIKEL BERKAITAN: Dia Salah Aim, Kalau Bawah Sikit Kamal Dah Tak Ada” - Uqasha Senrose

ARTIKEL BERKAITAN: "Saya Nak Tanya Dia Sendiri Kenapa..." - Masih Trauma! Kamal Adli Hanya Akan Ke Singapura Jika...

Jika sabit kesalahan menyebabkan kecederaan secara sukarela dengan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman.

Pada 12 Mac, polis telah dimaklumkan mengenai kes di 1 Expo Drive, suspek didakwa menyerang pelakon berusia 36 tahun itu dengan baton yang kemudian dirampas oleh polis sebagai bukti.

Kamal yang cedera terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital.

Kamal dan isterinya Uqasha Senrose berada di Singapura untuk acara Jualan Mega Hari Raya 2023 selama tiga hari bermula 10 Mac, di Dewan 5A Ekspo Singapura apabila insiden itu berlaku pada penghujung acara.

SINAR HARIAN

#Kamal Adli #Mahkamah #Singapura
;