Kes Makin Tinggi, Majoriti Rakyat Malaysia Mahu PKP Diperketatkan?
Susulan kes COVID-19 yang semakin membimbangkan, majoriti rakyat Malaysia nampak gayanya bersetuju agar kerajaan memperketatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu, seramai 8,645 atau19 peratus responden berpendapat, merehatkan sektor berisiko sebagai keputusan terbaik.
Walaubagaimanapun menerusi kaji selidik itu lagi, ada berpandangan bahawa Malaysia seharusnya meneruskan sahaja pelaksanaan PKP yang sedia ada apabila 6,992 atau 15.4 peratus yang berpendapat sedemikian.
Pada masa sama, seramai 3,835 responden atau 8.4 peratus menyatakan rasa tidak peduli tentang cadangan langkah terbaik dalam melandaikan jangkitan baharu dalam negara ketika ini.
Berdasarkan daripada tinjauan tersebut, seramai 45,411 responden telah mengambil bahagian daripada kaji selidik menerusi platform utama media sosial yang dijalankan selama 24 jam itu.
Sumber : Astro Awani