Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kes Masih 20K, Anak-Anak Imuniti Rendah” - Dr Sheikh Muszaphar Cadang Buka Sekolah 2022, Ramai Yang Setuju

Mya Amri
06/09/2021 04:09 MYT
Angkasawan negara, Dr Sheikh Muszaphar berpendapat sesi persekolahan yang dijadualkan dibuka pada 3 Oktober depan sebaiknya ditangguhkan.

Menurut Dr Muszaphar, kes harian COVID-19 masih lagi berada pada tahap membimbangkan dan amat mudah merebak sekiranya dijangkiti di sekolah.

“Sekolah akan tetap dibuka 3 Oktober. Menteri kata Sekolah akan dibuka bulan Oktober ni. Kes masih 20K setiap hari. Tak nampak berkurangan dalam masa terdekat.

“Hanya guru yang telah divaksin boleh bersemuka dengan pelajar. Namun itu tak bermakna sebab sesiapa saja boleh dijangkiti walaupun telah divaksin. Patutkah ibu bapa risau?

“Hujung tahun tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Lebih baik buka sekolah tahun 2022. Dengan harapan kes menurun.

“Perbaiki kaedah PDPR. Anak anak imuniti rendah. Jangkitan COVID merebak begitu mudah. Lebih-lebih lagi pelajar sekolah. Walaupun mengikut SOP. Planning yang cukup pasrah,” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Intagram.

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata ibu bapa bersetuju dengan cadangan Dr Muszapha.

Malah mereka juga menyatakan tidak akan menghantar anak ke sesi persekolahan demi menjaga keselamatan.

#Angkasawan Negara #Dr Sheikh Muszaphar #Sesi Persekolahan