Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kes Penyanyi Wanita Ditikam Lepas Makan Lunch, PDRM Dedah Suspek & Mangsa Adalah Pasangan Kekasih

Izwan Isa
21/12/2023 05:44 MYT
Baru-baru ini, satu kejadian bunuh melibatkan seorang penyanyi tempatan, Xu Jia Ling telah menggemparkan warga Malaysia.

Penyanyi berusia 26 tahun itu ditikam sebanyak lapan kali selepas dikatakan keluar menikmati makan tengahari pada 18 Disember lalu, di Taman Chi Liung, Klang, Selangor.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan motif di sebalik kejadian tersebut adalah kerana cemburu.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S. Sasikala Devi berkata, suspek berusia 44 tahun dan mangsa merupakan pasangan kekasih.

“Pertelingkahan dipercayai bermula ketika mereka sedang makan tengah hari, sebelum mangsa ditikam berdekatan kenderaannya,” jelas Sasikala.

Pihak berkuasa masih lagi mengumpul lebih banyak maklumat mengenai punca tercetusnya rasa cemburu selain tempoh mereka menjalinkan hubungan sebagai kekasih.

Sumber: MalaysiaGazette

#Klang #Xu Jia Ling