Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Kes Perbicaraan Bella Disambung, Rina Harun Minta Hormati Prosiding Mahkamah: “Bella Berada Dalam Keadaan Baik”

Maliah Surip 30/05/2022 | 04:25 MYT

Perbicaraan kes melibatkan anak istimewa sindrom down, Bella kembali disambung hari ini.

Kes Bella mendapat perhatian masyarakat apabila dia mengalami penderaan yang sangat teruk sewaktu berada dalam jagaan penjaga di Rumah Bonda.
Sehubungan itu banyak yang mengutuk dan mengkritik tindakan tidak berperikemanusiaan yang terjadi kepada Bella.
Apabila perbicaraan kes Bella berjalan, pelbagai teori dan asakan yang dibuat warganet yang kurang berpuas hati dan mahu nasib anak istimewa tersebut terbela sehingga ada yang terlupa untuk menghormati mahkamah.
Sehubungan itu, apabila perbicaraan kes Bella disambung semula hari ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun berpesan supaya seluruh rakyat Malaysia yang sayangkan anak istimewa itu tidak menyebarkan maklumat kurang tepat sekaligus menghormati prosiding mahkamah.
“Saya faham ramai di luar sana sayangkan Bella. Untuk itu, Usah sebar maklumat-maklumat kurang tepat berkaitan kes adik Bella dan teruskan menghormati prosiding yang sedang berlangsung di mahkamah,” tulis kenyataan yang dikemas kini dalam laman Facebook Rina Harun.
Beliau juga mengemas kini perkembangan Bella.
“Alhamdulillah, Bella dan rakan-rakan berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani proses pemulihan dan kaunseling di institusi kanak-kanak di bawah kendalian JKM.
“Saya sentiasa memantau keadaan adik Bella dan memberi sokongan dengan memastikan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat sentiasa memberikan sokongan psikososial buat Bella dan rakan-rakannya bagi mengembalikan semangat dan keceriaan buat anak istimewa ini.
Sepanjang perbicaraan kes adik Bella, Pegawai JKM yang ditugaskan ke Mahkamah bagi mengikuti perkembangan kes turut mengemukakan laporan kepada saya,” jelasnya lagi.
Sama seperti rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat Bella, Rina Harun berkata beliau berdoasemoga semoga kes ini dapat dibicarakan seadilnya dan setiap saksi dapat memberikan keterangan yang benar agar keadilan dapat ditegakkan.
Terdahulu perbicaraan kes penderaan Bella yang kini berlangsung di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjadi perhatian rakyat Malaysia termasuk beberapa pemimpin politik, golongan artis serta Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

#Viral #Mahkamah #Dera #Sindrom Down #Bella #Rina Harun #Rumah Bonda
;