Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kes Pertuduhan Antara Abang & Bapa Tiri, Anak Perempuan Pengasas Dnars 'Spill The Tea'

Zulaikha Yusof
09/10/2020 09:45 MYT
Anak perempuan kepada pengasas kosmetik Dnars Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, Irdiena Hakim menyatakan dia akan berada di sisi abangnya, Iqbar Hakim Jasman sehingga selesai kes pertuduhan yang membabitkan bapa tirinya.

BACA: “Tak Mengapalah Mummy…Kebenaran Pasti Datang, Keadilan Pasti Menjelma” – Anak Lelaki Pengasas Dnars

Menurut Irdiena, 17, pergaduhan yang terjadi di antara abang dan bapa tirinya itu disebabkan Iqbar ingin mempertahankan adiknya.

"Kakak tahu kakak lah punca abang berada dalam situasi hari ni, kerana pertahankan kakak abang terpaksa hadapi semua dugaan ini.

"Kakak akan sentiasa di sisi abang bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Abang lah segalanya bagi kakak serta seluruh ahli keluarga selepas kita kehilangan arwah bonda.

"Abang lah penguat semangat kakak saat kakak diuji beberapa bulan yang lalu, saat kakak sakit hingga tidak terbangun.

"Telah banyak dugaan yang kita lalui selama ini, perceraian mami papa kita saat kita masih lagi kecil, kesusahan arwah mami dan ujian terbesar kita saat kita kehilangan mami ketika kita masih lagi menagih kasih seorang ibu dan hari ni Allah uji kita lagi dengan ujian ini. Kakak yakin dan percaya segalanya pasti ada hikmah," tulisnya di Instagram (IG).

Dalam pada itu, Irdiena berjanji akan menuruti pesanan arwah ibunya yang menyuruh mereka bersama walau apa sahaja rintangan.

"Kakak akan sentiasa menemani abang walau apa pun dugaan yang akan datang kerana mami kita selalu berpesan jangan pernah meninggalkan antara satu sama lain.

"Kita pastinya bukan sempurna kerana kita masih lagi muda dalam perjalanan ini tapi kita mesti mencuba untuk menjadi yang lebih baik. Kebenaran mesti muncul bila tiba waktunya!" tulisnya lagi.

Kakak tahu kakak lah punca abang berada dalam situasi hari ni,kerana pertahankan kakak abang terpaksa hadapi semua dugaan ini .. Kakak akan sentiasa di sisi abang bagi menegakkan KEADILAN DAN KEBENARAN ..abang lah segalanya bagi kakak serta seluruh ahli keluarga selepas kita kehilangan arwah bonda..abang lah penguat semangat kakak saat kakak diuji beberapa bulan yang lalu,saat kakak sakit hingga tidak terbangun ..telah banyak dugaan yang kita lalui selama ini,perceraian mami papa kita saat kita masih lagi kecil,kesusahan arwah mami dan ujian terbesar kita saat kita kehilangan mami ketika kita masih lagi menagih kasih seorang ibu dan hari ni Allah uji kita lagi dengan ujian ini..kakak yakin dan percaya segalanya pasti ada hikmah .. Kakak akan sentiasa menemani abang walau apa pun dugaan yang akan datang kerana mami kita selalu berpesan jangan pernah meninggalkan antara satu sama lain,kita pastinya bukan sempurna kerana kita masih lagi muda dalam perjalanan ini tapi kita mesti mencuba untuk menjadi yang lebih baik.. kebenaran mesti muncul bila tiba waktunya ! TERIMA KASIH ABANG UNTUK SEGALANYA ,I LOVE YOU FOR THE REST OF MY LIFE❤️

A post shared by YES THEY CALL ME “GEGIRL” (@dnarfaziani) on


Iqbar, 20, didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengugut bapa tirinya melalui WhatsApp.

Tertuduh didakwa menakutkan secara jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca: "Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako".

BACA: "Papa Ingat Deh Kalau Adik Ore Mati, Ore Gi Pancung Belako” – Anak Lelaki Pengasas Dnars Didakwa Ugut Bapa Tiri

#Ugut #Bapa Tiri #Anak Dnars
;