Kes Positif Covid-19 4,343 Hari Ini, Turun Sikit Berbanding Semalam

Fiza Kamarudin
November 7, 2021 07:47 MYT
Jumlah kes baharu Covid-19 mencatatkan penurunan dengan 4,343 kes dilaporkan hari ini berbanding 4,701 kes semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,506,309 kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam.
#COVID-19 #Covid-19 Kes Harian