Jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat, lapor AWANI.

Menurut data terbaru Johns Hopkins University, jangkitan kini mencecah 10,644,064 kes setakat pagi Khamis waktu Malaysia.

Amerika Syarikat kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan jumlah kumulatif 2.7 juta kes.

Kedudukan itu diikuti Brazil yang kini menjadi negara kedua melepasi angka jangkitan 1.4 juta kes.

Dalam pada itu, Jangkitan di Rusia pula telah melepasi 653,000 kes setakat ini.

Negara keempat dan kelima merekodkan kes jangkitan yang tinggi adalah India dengan 585,000 kes dan United Kingdom dengan 314,000 kes.

Lima lagi negara mencatat angka melebihi 200,000 jangkitan ialah Peru, Sepanyol, Itali, Chile dan Iran.







Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita bersama-sama menjalankan tanggungjawab untuk terus menghapuskan penularan COVID-19 di negara kita.

Utamakan penjagaan kebersihan dan kesihatan dan patuhlah kepada SOP ketika berada di luar rumah, kita belum menang!

Sumber : Astro AWANI