Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kes Rogol Di Malaysia Membimbangkan, Tony Eusoff Harap Lebih Banyak Karya Seperti Drama ‘Liar’ - “Saya Rasa Sudah Tiba Masanya…”

Asyikin Mayudin 11/05/2023 | 12:55 MYT
Bukan tipikal jalan cerita, namun drama adaptasi siri thriller British pencalonan BAFTA iaitu Liar mempertengahkan isu rogol yang sememangnya terjadi secara realiti.

Menurut pelakon utama, Tony Eusoff, dia bersetuju untuk membintangi siri tersebut kerana beranggapan jalan cerita seperti itu sepatutnya dipertengahkan.

“Saya harap ini satu permulaan untuk banyak lagi jalan cerita seperti ini… saya rasa sudah tiba masanya. Salah satu sebab saya terlibat dalam siri ini sebab cerita seperti ini perlu dipertengahkan.

“Menariknya jalan cerita Liar ini bukan direka, tapi sememangnya banyak terjadi,” kata Tony.

Tony bersama pelakon gandingannya aktres Tiz Zaqyah berkongsi mengenai drama lakonan mereka itu ketika sesi temu bual dalam episod baru Chun Wai’s YouTube Channel yang disiarkan pada 10 Mei lalu.

Menerusi perkongsian itu, Chun Wai turut memuji drama siri tersebut memandangkan kes rogol di Malaysia mempunyai jumlah tertinggi melibatkan kanak-kanak dan remaja wanita.

“Saya suka siri ini sebab dia membuatkan penonton berfikir. Sebab ramai orang tidak sedar, stastik menunjukkan kebanyakkan kes rogol berlaku di Malaysia.

“Setiap hari kes rogol berlaku di Malaysia dan itu adalah fakta. Merujuk kepada laporan 2022, kanak-kanak dan remaja berusia 13 hingga 18 tahun yang menjadi mangsa rogol merupakan jumlah tertinggi di Selangor.

“60 peratus daripada kes merogol berlaku ketika temu janji, mereka masukkan dadah dalam air minuman seperti mana yang terjadi dalam siri Liar,” kata Chun Wai.

Liar membariskan pelakon-pelakon hebat negara seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts.

Two sides, One Truth. Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan mula keluar janji temu.

Pertemuan dengan pakar bedah Aiman mengubah kehidupan Lara.

Bila pertemuan indah berubah menjadi tuduhan rogol menimbulkan pelbagai persoalan.

Namun Aiman mendakwa dia tak bersalah manakala Lara pula melancarkan serangan dalam talian terhadap Aiman. Siapa yang menipu?

Naskhah itu juga mendapat sentuhan pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Saksi drama premium, Liar mulai 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula pukul 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go.

Manakala, Liar juga ditayangkan di Astro Ria setiap Isnin, pukul 9 malam.

#Tony Eusoff #Tiz Zaqyah #Tony #Liar #Drama Liar #Tiz #Chun Wai
;