Pelakon Iqram Dinzly berkongsi detik mengerikan sewaktu mengadakan sesi live Instagram bersama peminatnya malam tadi.

Dalam sepotong video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang peminatnya, muncul lembaga hitam berdiri di belakang Iqram.

"Weh buat hal! Memang ada lembaga hitam yang korang cakap Kodin tu. Aduh!

"Seram pula rasanya nak buat live video malam-malam ni. Tambah pula malam Jumaat!

"Ia menjelma kembali kes dua tahun lepas pun begini," tulisnya menerusi akaun @prinxchiqydinzly.

Weyh buat hal siot ! Memang ada #lembagahitam yang korang cakap #kodin tu siak ! Aduhhhhhh! Seram lak rasanya nak buat #livevideo malam malam ni , tambah lak #malamjumaat ni . @bawaabata.merebucks Terima kasih @dammahumnauzliriahk kerna tolong #ss kan untuk sy . #screenshot . Serammmm nih ??? @adibanas ianya menjelma kembali kes 2 tahun lepas pun camgini . Ish ! Susur tepi untok lihat ? . Siapa ada kenal mana mana ustaz untok cuci rumah ?

A post shared by DR Prinxchiqy Dinzly (@prinxchiqydinzly) on


Iqram turut memohon jasa baik peminatnya untuk mencadangkan ahli ulama bagi menghalau gangguan makhluk halus dari kediamannya.

"Sesiapa ada kenal mana-mana ustaz untuk mencuci rumah?" soalnya.

Kejadian mistik itu turut dipersetujui oleh peminatnya yang meminta agar dilindungi daripada gangguan sedemikian.

"Aku baru tengok live yang ada makhluk berkain hitam berjalan lepas tu terbang pula. Nasihat aku kalau nampak benda itu buat tidak tahu saja," tulis @iz_raphael.

Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: IG @bawaabata.merebuks & @prinxchiqydinzly