Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kes Saman Amelia Henderson, A. Aida - "Semoga Beroleh Kemenangan"

Syafiqah Jalal
07/04/2023 01:51 MYT
Penerbit Datuk A. Aida, 53, berharap keputusan saman berkaitan perlanggaran kontrak pelakon Amelia Henderson, 27, berpihak kepadanya dan kes selesai sebaiknya.

A. Aida berkata kepada media ketika tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding tersebut.

“Kita doa yang baik-baik sajalah. Semoga beroleh kemenanganlah,” katanya.

Sementara itu, Amelia yang tiba beberapa lebih minit lebih awal menyerahkan kepada peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman yang mewakilinya selaku defendan untuk apa-apa keputusan hari ini.

“Saya nak pergi bercakap dengan peguam dulu, kemudian baru saya kongsikan dengan kamu selepas itu,” katanya sewaktu disapa media di perkarangan pintu masuk mahkamah, tadi.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

Sepanjang perbicaraan yang bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plaintif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia sendiri hadir untuk memberi keterangan.

Sewaktu perbicaraan, seorang pengurus produksi dari syarikat penerbitan itu memberitahu A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon, Idris Khan berdepan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A Aida bersama pengarah drama Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin sepakat membawa perkara terbabit ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon itu.

Bagaimanapun, saman terhadap Idris berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah, manakala Amelia memilih untuk melawan kes saman itu.

#saman #Amelia Henderson #Datuk A. Aida #Mahkaman #Perlanggaran Kontrak
;