Hiburan
Kes Saman, Nelydia Senrose Pertahankan Hak & Kecewa Tindakan Chriszen
Pelakon Nelydia Senrose kecewa dengan tindakan syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia dalam membuat tuntutan sensasi kepada pihak media.
Tambahan lagi katanya tuntutan kes tersebut masih berlangsung serata pihak mahkamah belum dapat mendengar secara penuh dan menentukannya.
Nelydia menerusi sebuah hantaran di laman sosial Instagram (IG) turut menafikan dakwaan-dakwaan Chriszen terhadapnya.
“Saya merujuk kepada artikel-artikel yang diterbitkan oleh beberapa pihak media tempatan berkenaan dengan kes mahkamah saya dengan Chriszen yang kini masih sedang berlangsung, secara khususnya artikel yang diterbitkan oleh mstaronline bertarikh 7.7.2020.
“Saya kecewa dengan tindakan Chriszen dalam membuat tuntutan sensasi kepada pihak media berkenaan dengan satu tuntutan kes yang masih berlangsung, sebelum pihak mahkamah dapat mendengar secara penuh dan menentukannya.
“Sebagai rekod, saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan-dakwaan Chriszen,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Nelydia juga sedang menentang tuntutan dibuat Chriszen dan akan mempertahankan haknya untuk membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen yang tidak berasas.
“Saya sedang menentang tuntutan ini di dalam mahkamah undang-undang, yang mana merupakan forum betul untuk menentukan pertikaian ini.
“Saya akan mempertahankan hak saya untuk membuat tuntutan terhadap pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab diatas komen-komen yang tidak berasas ini,” katanya.
Terdahulu, Nelydia disaman syarikat produk kosmetik Chriszen Malaysia Sdn Bhd kerana didakwa melanggar kontrak sebagai duta, tahun lalu.
Pengasas yang juga Pengarah Urusannya, Mandy Leong ketika ditemui berkata, pihaknya hanya mahu menuntut pulangan wang sebanyak RM160,000 daripada Nelydia sebagai ganti rugi.
Pihak Chriszen mendakwa sudah membayar Nelydia sebanyak RM102,000 iaitu kira-kira 70 peratus daripada jumlah penuh sebaik sahaja pelakon tersebut bersetuju dengan kontrak sebagai duta.
Bagaimanapun, Nelydia dikatakan gagal melaksanakan tanggungjawab apabila tidak melakukan aktiviti promosi dan publisiti seperti yang termaktub dalam kontrak.
Artikel berkaitan
Nelydia Senrose Disaman, Dituntut Pulang Wang RM160,000
Must-Watch Video