Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

Kes Tidak 'Surut', KKM Saran Pesakit COVID 19 Tanpa Gejala Kuarantin Di Rumah

Maliah Surip 28/12/2020 | 08:24 MYT
Kes COVID 19 yang masih empat angka di Malaysia kini membuatkan sistem kesihatan tertekan.
Hal itu mendorong Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihati mereka yang positif COVID-19 namun tidak bergejala atau asymptomatic untuk menjalani kuarantin di rumah terlebih dahulu.
Perkara itu disampaikan Dr Noor Hisham melalui laporan dari Malay Mail, pagi tadi.
Menurut Dr Noor Hisham, tindakan itu dilaksanakan memandangkan mereka yang positif COVID 19 tanpa gejala berkemungkinan tidak akan segera dibawa ke hospital berikutan peningkatan kes yang perlu ditangani pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ketika ini.
"Ini juga berlaku di Sabah. Kami bercakap mengenai lebih daripada 1,000 kes sehari.
"Ini disebabkan peningkatan ujian di kalangan pekerja asing dan seperti yang dijangkakan lebih banyak kes didiagnosis.
"Pekerja asing tidak ada tempat untuk diasingkan, kami ada ribuan di sini. Kami menambah bilangan katil menjadi 10,000,” katanya.
Sebelumnya, Dr Noor Hisham menjawab aduan seorang pemilik perniagaan yang mendakwa tiada tindakan daripada KKM, termasuk dibawa ke hospital walaupun dua pekerjanya positif COVID-19. Mereka mendapati positif COVID 19 melalui aplikasi MySejahtera.
Beliau dalam pada itu juga meminta mereka yang dikesan positif agar berhubung dengan pejabat kesihatan daerah masing-masing.
Kes baharu COVID-19 di negara ini semalam turun kepada 1,196 berbanding rekod sehari sebelumnya iaitu sebanyak 2,335 jangkitan.
Malaysia kini mempunyai 20,233 kes COVID-19 yang aktif.
Kredit Foto: BERNAMA
#KKM #Positif #COVID 19 #Hospital Sungai Buloh #Tanpa Gejala
;