gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Hubungan Kekal Baik, Nadeera Zaini Nafi Ada Konflik Dengan Bekas Pengurus - “Dia Sendiri Lepaskan…”
HIBURAN
‘All That’s Left Of You’ Rangkul Filem Terbaik Di MIFFest 2025 & Ti Lung Terima Anugerah Sepanjang Hayat
VIRAL
Kes Zara Qairina: Ibu Buat Laporan Polis Baharu, Dakwa Nampak Lebam Ketika Mandikan Jenazah
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kes Zara Qairina: Ibu Buat Laporan Polis Baharu, Dakwa Nampak Lebam Ketika Mandikan Jenazah

Gempak
Gempak
03/08/2025
19:31 MYT
Sponsor Banner
Kes Zara Qairina: Ibu Buat Laporan Polis Baharu, Dakwa Nampak Lebam Ketika Mandikan Jenazah
Ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir hari ini membuat satu lagi laporan polis berhubung kematian anaknya pada 16 Julai lalu.

Laporan dibuat di Balai Polis Sipitang, Sabah, selepas beliau teringat semula melihat kesan lebam pada belakang badan Zara ketika memandikan jenazah anaknya di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, pada 17 Julai.

Menurut peguam mewakili mereka, Hamid Ismail dan Shahlan Jufri dalam kenyataan bersama, hari ini, Noraidah Lamat memaklumkan beliau sendiri melihat kesan lebam itu semasa memandikan jenazah bersama beberapa wanita lain.

"Anak guam kami tidak memasukkan fakta penting ini dalam laporan-laporan polisnya sebelum ini kerana dia terlupa sepenuhnya mengenainya.

"Beliau hanya teringat semula kesan-kesan lebam ini apabila kami menyoal beliau kelmarin tengah hari berkenaan keadaan tubuh anaknya semasa dimandikan olehnya," katanya.

Mereka menjelaskan anak guam berada dalam keadaan terlalu sedih sejak 16 Julai, menyebabkan beliau tidak teringat langsung tentang kewujudan kesan berkenaan.

"Anak guam kami percaya kesan lebam yang dilihatnya itu adalah kesan kecederaan yang diakibatkan oleh pukulan menggunakan objek tumpul ke bahagian belakang Zara sebelum dia ditemui di bahagian bawah bangunan asrama sekolahnya pada subuh 16 Julai lalu," katanya.

Peguam turut mengambil maklum kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, semalam bahawa siasatan polis ke atas kes berkenaan selesai dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara minggu hadapan.

"Namun, perkembangan terbaharu di atas menjustifikasikan pembukaan semula siasatan kes.

"Kubur Zara perlu digali semula dengan kadar segera dan satu bedah siasat dibuat terhadap tubuhnya untuk menentukan punca sebenar kematian dan sama ada wujud elemen-elemen jenayah yang menyebabkan kematian itu," menurut kenyataan itu lagi.

Dalam kenyataan sama, peguam turut merujuk laporan polis yang dibuat Noraidah pada 30 Julai lalu berkaitan rakaman perbualan telefon antara beliau dan arwah Zara.

"Dalam perbualan itu, Zara memaklumkan terdapat pelajar-pelajar senior yang sering mengganggu dan/atau membulinya sehingga ada yang mengugutnya dengan berkata 'kalau aku touch-touch kau ni, berdarah kau ni'.

"Maklumat ini mungkin mempunyai kaitan dengan maklumat terbaharu yang disalurkan oleh anak guam kami kepada polis pada pagi ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Polis
#Sabah
#Ibu
#Jenazah
#Laporan
#Lebam
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement