Peguam salah seorang penyebar video seks yang membabitkan penyanyi dan pelakon terkenal Gisel dengan
Michael Yukinobu Defretes atau Nobu, Roberto Sihotang membuat kenyataan mengejutkan sebaik hakim menjatuhkan hukuman 9 bulan terhadap kliennya di Pengadilan Negeri Jakarta Selatan, Indonesia pada Selasa.
Kepada pihak media, Roberto melahirkan kekesalan kerana hanya penyebar video seks tersebut sahaja dijatuhi hukuman, manakala Gisel atau nama sebenarnya Gisella Anastasia dan Nobu tidak menerima hukuman setimpal.
Hal ini kerana dia mendakwa kliennya bukan orang yang merakam video secara haram. Bukan dia juga yang menjadi penyebar pertama video seks tersebut, sebaliknya Gisel yang mengirimkan video tersebut kepada Nobu sebelum ia bocor dan ditularkan di laman sosial pada tahun lalu.
Apa lagi Gisel dan Nobu didakwa telah melakukan seks lebih daripada lima kali sekaligus secara tak langsung menyatakan perlakuan terkutuk itu dilakukan secara suka sama suka.
Menurut Roberto yang mewakili tertuduh dengan gelaran PP, Gisel dan Nobu telah melakukan seks di beberapa kota di Indonesia," lapor CNNIndonesia.
"Kalau ikut pengakuan dan fakta kes, Gisel dan Nobu sudah melakukan seks sebanyak lima kali. Ertinya mereka bersetuju melakukannya secara suka sama suka antaranya di Surabaya dan Palembang," dakwa Roberto.
Peguam Nobu, Irwansyah Putra kemudian menepis dakwaan yang dikeluarkan oleh Roberto. Malah dia mengatakan sepanjang prosuder sebelum ini, kliennya tidak pernah ditanya mengenai soalan bersifat peribadi tersebut.,
Pertanyaan saat persidangan itu yang paling utama adalah kenal atau tidak.
"Sekarang dalam video itu benar atau tidak? Benar," ujar Irwansyah kepada Detikhot.
"Mereka (Nobu dan Gisel) dipanggil sebagai saksi. Jadi tak mungkin hakim menyerang peribadi mereka," katanya lagi.
Irwansyah juga menegaskan Nobu tidak pernah mengungkapkan jika dirinya pernah berhubungan intim dengan Gisel lebih dari lima kali.
"Tidak ada si Nobu dan Gisel mengaku lima kali melakukan hubungan intim di pelbagai kota. Saya rasa tak ada," ujar Irwansyah.
Lantaran itu Irwansyah mencabar Roberto untuk membuktikan hal tersebut.
"Kalau memang ada silakan Roberto beritahu kepada umum secara terbuka dan membuktikannya," katanya.
Terdahulu dalam persidangan yang digelar secara online pada Selasa (13/7) itu, Pengadilan Negeri Jakarta Selatan menjatuhkan hukuman 9 bulan penjara kepada penyebar video seks artis Gisella Anastasia (Gisel) dan Michael Yukinobu (Nobu).
Dalam kes ini, Gisel dan Nobu ditetapkan sebagai saksi. Mereka dijerat dengan Undang-undang Nomor 44 Tahun 2008 tentang Pornografi.
Pada Disember 2020, video seks 19 saat di antara bekas isteri aktor Gading Marten dengan Nobu ini memjadi tular di media sosial.
Selepas ditahan polis, Gisel dan Nobu mengaku individu di dalam video seks tersebut adalah mereka. Perbuatan terkutuk itu dilakukan pada tahun 2017 sewaktu mereka berada di Medan.
Instagram: @gisel_la
Kredit Foto: Viva.co
Maliah Surip
Fri Jul 16 2021
Tak Tuntut Nafkah, Adira Suhaimi Faham Keadaan Datuk Red - “Saya Tak Nak Susahkan Dia Yang Tengah Down”
Keputusan penyanyi Adira Suhaimi tidak menuntut sebarang nafkah daripada bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Datuk Seri Adnan Abu atas kehendaknya sendiri.
Ayah Back-Up Anak Makan Gulai Kaki Ayam Satu Mangkuk - “Janganlah Risau”
Bapa kepada kanak-kanak yang dikenali sebagai Bang Aji itu memberi ulasan dan mempertahankan selera anaknya
Sertai Kemeriahan 'Hello Nu Sentral' Bersama Nikki Palikat, Afif Tarmizi, Liza Hanim, Nadeera Zaini & Ramai Lagi!
Lock janji temu kita pada 27 April 2024, bermula 2 hingga 6.30 petang di Aras 2, MPH Bookstore, NU Sentral Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Doa Di Tanah Suci Makbul, Adira Suhaimi Syukur Datuk Red Lembut Hati Untuk Bercerai - “Saya Memang Banyak Berdoa…”
Penyanyi Adira Suhaimi meluahkan rasa syukur apabila bekas suaminya yang juga usahawan Datuk Red atau Adnan Abu akhirnya berlembut hati untuk melepaskannya.
Datuk Red Diam Membisu, Kaki Lemah Tak Daya Nak Jalan Selepas Sah Cerai
Bekas suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datuk Red enggan memberikan sebarang kenyataan selepas sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang, pada pagi Rabu.
Adira Tenang, Datuk Red Tunduk Sayu Lafaz Cerai Talak Satu
Rumah tangga penyanyi Adira Suhaimi dengan usahawan Datuk Red berakhir perceraian dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, pada pagi Rabu.
Adira Suhaimi Tetap Tenang Biarpun Rumah Tangga Dengan Datuk Red Bakal Berakhir - “Keputusan Saya Tetap Sama”
Rumah tangga bakal berakhir, penyanyi Adira kelihatan tenang apabila tiba di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat bersama peguam syarie, Nor Saidah Zakaria untuk lafaz perceraian pada pagi, Rabu.
Ippo Hafiz Minta Kakak Tak Campur Urusan Rumah Tangga - “Dia Mungkin Tak Tahu Masalah Luar Dalam…”
Harap selesai dengan baik.
Norman & Marissa Kembali Berbaik, Netizen: “Tak Ada Pun Saya Tengok Ahli Keluarga Yang Memulaukan Dia”
Pelakon Norman Hakim dan anaknya, Marissa Dania sekali lagi menarik perhatian umum apabila membintangi iklan bagi jenama hidangan daging frozen popular tempatan.
Dua Helikopter Bertembung Jadi Tragedi Ke-8 Dalam Tempoh 9 Tahun, Ini Kronologinya
Kemalangan melibatkan dua helikopter bertembung dan terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak kira-kira 9.30 pagi tadi merupakan kejadian kelapan seumpama itu dalam tempoh sembilan tahun lepas.