Meskipun pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) banyak memberi kelonggaran kepada rakyat termasuk kebenaran merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun pelakon Yatt Hamzah lebih selesa untuk kekal berada di rumah.

Menurut Yatt, dia sanggup tidak pulang ke kampung demi untuk mejaga keselamatan dan kesihatan anak-anaknya.

"Raya di rumah saja tahun ini, sebab anak-anak kecil, saya tak berani nak keluar macam orang lain, keselamatan anak-anak nombor satu, yang lain tak penting dah.

"Jadi anak-anak, tahun depan jelah kita beraya ya, tahun ni kita berkorban dan berjuang habis habisan menentang COVID-19," tulisnya di Instagram.

Pada masa yang sama, Yatt turut mengajak orang ramai untuk sentiasa berhati-hati dan tidak mudah berasa selesa membuat pergerakan dengan bebas kerana wabak COVID-19 belum lagi terhapus sepenuhnya di negara ini.

"Tapi, kalau kami je yang menjaga tak jadi, sorang dua saja yang buat memang sia-sia tak jadi apa, Corona tetap bermaharajalela.

"Kena kita semua seluruh rakyat Malaysia pakat bersatu padu sama-sama buat kerja, satu dunia kena sama-sama buat kerja baru Corona balik kampung dia," tulisnya lagi.

View this post on Instagram

Siapa macam ni baik jujur mengaku.. ?? Nak balik mana tu? Raya mana PKPP ni?? Bonda kat rumah je.. Suami bertugas di perantauan. Raya di rumah je tahun ni sbb anak2 kecil kita x berani lah nak keluar2 mcm orang lain.. KESELAMATAN ANAK2 NO 1. YG LAIN X PENTING DAH. So anak2, tahun depan jelah kita beraya ya. Tahun ni kita berkorban dan berjuang habis2an MENENTANG COVID-19. .. Tapi kalau kami je yg menjaga x jadi.. sorang dua je yg buat mmg sia2 x jadi apa.. CORONA TETAP BERMAHARAJARELA. Kena kita semua SELURUH RAKYAT MALAYSIA PAKAT BERSATU PADU SAMA2 BUAT KERJA.1 DUNIA KENA SAMA2 BUAT KERJ. BARU CORONA BALIK KG DIA.. PERGI TAKKAN KEMBALI SELAMANYA.. . .. #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #bondaYattshare #bondaYHshare #sharingiscaring #PKPP #RAYAPKP #PKPRAYA #SYAWAL1441H #LEBARAN2020 #AIDILFITRI2020 #BALIKKAMPUNG

A post shared by BONDA YATT. BONDA OF 4 (@yatthamzah_suci) on

Apapun, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, marilah kita sentiasa mengamalkan penjarakkan sosial, kerap mencuci tangan dan melakukan semua langkah yang mampu mencegah penularan wabak COVID-19.

Selain itu, kita juga harus sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan pihak berkuasa di mana sahaja kita berada, kita boleh menang!