"Kesian Aurat Isteri Nampak" - Kongsi Video Isteri Selepas Bersalin, Tauke Jambu Dikecam Netizen

Zulaikha Yusof
Oktober 28, 2018 17:58 MYT
Gara-gara sebuah video, pelawak Tauke Jambu menerima kritikan daripada netizen.
Tauke berkongsi dan memuat naik video wajah bayi yang dipeluk isterinya, Nadia Mohd Affandi sejurus selepas proses bersalin.
Rata-rata pengikut Tauke di Instagram mengkritik serta mendakwa dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian.
"@theroziehantalib: Maaf abg @taukejambu, mohon delete video ini sebab ternampak bahagian dada isteri. Maaf atas komen ini."
"@belly_detoxhq: Sorry tegur nampak breast wife awak. Aurat dia tu."
"@zilzafiya: Baby, baby juga. Tahniah for that. Tapi jangan la sampai tayang breast isteri."
"@mdm_fitra: Tahniah toq, maaf tapi mohon delete video ni. Kesian aurat isteri nampak. Dia baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, diri dia baru suci dari dosa seperti lahirnya bayi."
"@berrycry91: Tahniah..tapi video ni bagus dipadam..Nampak dada isteri awak."
Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada Disember tahun lalu.
Terdahulu, Tauke memiliki enam orang anak yang berusia antara lapan hingga 16 tahun hasil perkahwinan sebelum ini.
#Pelawak #Tauke Jambu #Isteri bersalin