Hiburan

"Kesian Baby Mommy Tak Lalu Makan" - Demam Panas, Ameera Zaini Dimasukkan Ke Hospital

gempak
Zulaikha Yusof
25/11/2019
04:41 MYT
Sponsor Banner
"Kesian Baby Mommy Tak Lalu Makan" - Demam Panas, Ameera Zaini Dimasukkan Ke Hospital
Personaliti televisyen Ameera Zaini telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta akibat demam panas sejak Sabtu lalu.
Menurut Ameera suhu badannya sudah turun namun tekanan darah masih di peringkat rendah.
"Saya telah ditahan disebabkan demam panas. Alhamdulillah suhu badan dah turun cuma tekanan darah masih rendah," katanya menerusi Instagram Stories miliknya.
Tambah Ameera dia mengharapkan semua pihak mendoakan agar dirinya kembali sembuh semula.
"Doakan Meera cepat sihat okay. Kesian baby mommy tak lalu makan," tulisnya lagi.
Terdahulu, Ameera mendedahkan dia kini sedang hamil empat bulan.
BACA: "Insya-Allah Tahun Depan Mateen Dapat Adik .." - Ameera Zaini Umum Hamil Anak Kedua
Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live