Personaliti media sosial Hafiz Mahamad tampil menghulurkan bantuan kepada seorang pemuda yang baru sahaja mengalami kemalangan jalan raya.

Menurut Hafiz, kereta Myvi yang dipandu pemuda tersebut agak remuk di bahagian depan tetapi bersyukur apabila mangsa nahas tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menerusi laman sosial Instagram, Hafiz berkongsi video kejadian tersebut untuk tatapan umum.

“Tadi terserempak adik ni sorang sorang tepi jalan tengah kutip barang kereta dia yang baru accident.

“Teruk juga kereta tadi. Saya berhenti teman dia sementara tunggu kawan dia datang. Ada sikit saya bagi duit boleh buat tambah untuk towing.

“Alhamdulillah adik ni takde apa-apa cuma kesian adik ni, dalam waktu sekarang ni susah nak cari rezeki dan kereta pula kemalangan.

“Teringat balik raya dulu, kereta rosak dan ramai yang datang tolong. Kereta rosak macam mana pun, hati tetap happy sebab dapat balik beraya,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi 18 saat itu lagi, kejadian yang berlaku di tepi sebuah lebuh raya itu mungkin disebabkan oleh permukaan jalan yang licin berikutan cuaca hujan.

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya melahirkan rasa simpati kepada pemuda yang baru sahaja berdepan musibah itu.

Tidak kurang juga ramai yang memuji Hafiz di atas usaha bantuan tenaga dan kewangan yang dihulurkan.

Alhamdulillah adik ni selamat. Terima kasih Hafiz, teruskan membantu mereka yang memerlukan,” ucap seorang wargamaya.

“Semoga Allah limpahkan rezeki untuk Hafiz supaya dapat bantu ramai lagi. Thank you Hafiz,” kata seorang wargamaya.

Nanti ada la yang kecam tak pakai mask la, angle gambar bagus la, please continue your kebaikan. Dont care about netizen,” ujar seorang wargamaya.

Ya allah kesiannya adik tu. semoga urusan adik tu dipermudahkan,” tulis seorang wargamaya.

Syabas Hafiz, tak semua orang mampu tolong macam tu, tambah-tambah time hujan pulak. Apa pun terbaik Hafiz dan semoga sekeluarga dimurahkan rezeki,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah meraih hampir 550,000 tontonan daripada pengikutnya.