Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

"Kesian Muammar Kena Ikut Mommy Pergi Kerja Sana Sini" - Tasha Manshahar Terpaksa Bawa Anak Ke Mana-Mana Sahaja, Ini Sebabnya...

ZULHILMI JALIL 13/02/2020 | 09:35 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar mendedahkan bahawa dia akan membawa anaknya, Muammar Rafiqi ke mana sahaja dia pergi.
Tasha atau nama sebenarnya, Nur Nadia Natasha Mohd. Manshahar, 28, berkata, adakalanya dia berasa kasihan kerana anaknya terpaksa mengikutnya ke kerja dari pagi hingga ke malam.
"Kadang-kadang saya rasa kasihan juga dekat Muammar sebab kena ikut mommy daddy pergi kerja sana sini. Keluar rumah awal pagi, balik kadang lewat.
"Tapi sebagai ibu yang menyusu badan, saya perlu membawanya ke mana sahaja saya pergi. Sudah pasti saya dan suami akan selalu mencuba yang terbaik untuk aturkannya supaya sesuai dengan rutin dan keselesaan Muammar," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Travelling with a baby is never easy but satisfying. Kita dah dewasa ni takpe, kita tahu nak urus diri. Tapi baby perlu diuruskan. Kadang I rasa kesian juga dekat Muammar sebab kena ikut mommy dedi pergi work sana sini. Keluar rumah awal pagi, balik kdg lewat tapi as a bf mom, I have to bring him everywhere I go. And of course my husband and I always try our best utk arrange things supaya sesuai dengan rutin dan keselesaan Muammar. _ Despite all of the challenges, Alhamdulillah rasa puas and happy sebab Muammar ada depan mata. Muammar baru nak masuk 8m pun I dah rasa cepatnya dia membesar. Akan sampai 1 masa nanti bila Muammar dah boleh tidur sendiri tanpa mommy ? Jadi skrg ni, biar mommy dedi nikmati puas-puas ☺️ _ To mommies yang terpaksa tinggalkan anak jauh, you are still and will always be the best for your kids! I can’t imagine mcm mana rasanya hari-hari menanggung rindu yg berat pada anak. Menjalani setiap saat dengan rasa bersalah sebab tak dpt be with them as they are growing older and smarter. MasyaAllah Subhanallah strong mums! ?? Every mum wants the best for their children, and I believe youre doing just right! May Allah ease your heart and protect your children always. Sesungguhnya, jauh atau dekat, Allah sebaik-baik penjaga. ?

A post shared by @ tashamanshahar on

Menurut pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu, biarpun terpaksa berdepan dengan cabaran tersendiri membawa anak kecil, dia berasa puas kerana dapat melihat anak di depan mata.
"Alhamdulillah rasa puas dan gembira sebab Muammar ada depan mata. Muammar baru nak masuk lapan bulan pun saya dah rasa cepatnya dia membesar.
"Akan sampai satu masa nanti bila Muammar dah boleh tidur sendiri tanpa mommy. Jadi, sekarang ni biar mommy dan daddy nikmati puas-puas," ceritanya.
Kata Tasha lagi, adakalanya, dia tidak dapat membayangkan bagaimanalah perasaan ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak berjauhan.
"Kepada ibu-ibu yang terpaksa tinggalkan anak jauh, anda masih lagi ibu yang terbaik buat anak-anak.
"Saya tak boleh bayangkan macam mana rasanya hari-hari menanggung rindu yang berat pada anak. Menjalani setiap saat dengan rasa bersalah sebab tak dapat bersama mereka ketika membesar. Sesungguhnya, jauh atau dekat, Allah sebaik-baik penjaga," katanya.
Tasha mendirikan rumah tangga dengan bekas peserta Akademi Fantasia Musim ke-9, Fahrur Raqib Abdul Majid pada 8 September 2018.
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Muammar Rafiqi pada 21 Jun tahun lalu.
#Penyanyi #Tasha Manshahar #Penyanyi
;