Hiburan

“Kesian Sebab Kau Dilahirkan Tak Ada Common Sense” - Sharul Kamal Tegur Si Mulut Laser… Ops, Pedasnya!

gempak
Mya Amri
02/06/2020
10:40 MYT
Sponsor Banner
“Kesian Sebab Kau Dilahirkan Tak Ada Common Sense” - Sharul Kamal Tegur Si Mulut Laser… Ops, Pedasnya!
Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal meluahkan rasa kesal dengan sikap sesetengah pihak yang masih mempersoalkan tentang fizikal seseorang.
Sharul meluahkan isi hatinya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya semalam.
Menurut Sharul, pihak yang membangkitkan perkara itu secara sinis sememangnya tidak prihatin terhadap perasaan orang lain.
“Bila aku berisi sikit “sharul dah gemok!” “Kenapa makin tembam.” Bila aku dah kurus “kenapa cengkung” “kenapa kurus sangat ni.”
“Aku tak marah kau, aku kesian sebab kau dilahirkan memang tak ada common sense. Kalau ada kau dah elak awal-awal cerita pasal fizikal.
“Beza dengan puji. Boleh tahu kalau orang tu puji kurus ke atau yang kurus dah berisi sikit ke. Beza. So, dari sekarang belajar ada common sens,” tegurnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya bersetuju dengan Sharul.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live