Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kesianlah Dekat Yang Patuh SOP Ni… Please Lockdown” – Rakyat Luah Rasa Risau, Ini Dia Pecahan Kes COVID-19 Baharu

Mya Amri
27/09/2020 22:45 MYT
Pertambahan sebanyak 150 kes baharu COVID-19 yang direkodkan semalam (Ahad, 27 September 2020) semakin menimbulkan kebimbangan rakyat Malaysia.

Menerusi akaun Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan pecahan 150 kes baharu tersebut.

Sebanyak 124 kes dicatat di Sabah, 11 kes di Selangor, enam di Kuala Lumpur dan empat kes di Pahang.

Berikut merupakan pecahan kes yang dimaklumkan KKM

PECAHAN KES BAHARU (150)

KL- 6
2 Kluster Setapak
1 pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 import tiba/pulang dari Arab Saudi (1 WN, 1 BWN)
1 import pulang dari India

SELANGOR- 11
8 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
2 saringan kontak rapat
1 import pulang dari Arab Saudi

SABAH- 124
58 kluster Benteng LD (55 WN, 3 BWN)
20 kluster Bangau-Bangau (12 WN, 8 BWN)
13 kluster Bakau (4 WN, 9 BWN)
10 kluster Pulau (9 WN, 1 BWN)
8 Kluster Kg. Sakong
3 kluster Buang Sayang
8 saringan bergejala
1 BWN kes ILI
1 saringan komuniti
1 saringan kontak rapat
1 saringan sebelum pulang ke Sarawak



JOHOR- 2
2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

SARAWAK- 2
2 saringan pekerja

PAHANG- 4
1 saringan kontak rapat
3 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

MELAKA- 1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
PECAHAN KES BAHARU (150) KL-6 2 Kluster Setapak 1 pulang dari kawasan berisiko tinggi 2 import tiba/pulang dari Arab...

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Sunday, 27 September 2020
Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut Facebook meluahkan rasa risau dengan jumlah kes yang naik secara mendadak dan mencadangkan untuk kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hanya di kawasan yang berisiko tinggi.

Malah topik itu juga menjadi perbincangan hangat di ruangan komen posting KKM itu sebaik sahaja pecahan baharu itu diumumkan.

“Dah tak takut ke dengan Covid-19? Rugi lah orang yang patuh SOP semua sia-sia sahaja,” luah @Parvien Sarawanan.

“PKPD untuk kawasan yang ada kes tolonglah... Satu kes pun terus on PKPD,” komen @Joe Mocha.

“Kecewalah... Ikut SOP bagai, akhirnya jadi macam ni...” tulis @Eqien Ashikin kecewa.

Dalam perkembangan terbaharu, menurut laporan Awani kerajaan juga telah memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau.

Kredit Grafik: Desk of The Director General Health of Malaysia
#COVID-19