Pasangan Song Seung Hun dan Liu Yifei dilaporkan mengambil keputusan untuk berpisah setelah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

Menurut laporan Soompi, pasangan ini berpisah setelah kedua-dua mereka sukar meluangkan masa bersama akibat kesibukan dengan tugas masing-masing.

Menerusi sebuah kenyataan akhbar, pihak pengurusan Song Seung Hun mengesahkan perkara itu.

"Memang benar Song Seung Hun dan Liu Yifei telah berpisah baru-baru ini seperti yang tular di media sosial.

"Punca perpisahan mereka disebabkan kedua-dua mereka sibuk dengan kerjaya sehingga tiada masa untuk berjumpa antara satu sama lain.

"Mereka juga tidak berpisah disebabkan oleh hubungan kurang baik antara China dan Korea Selatan," katanya.

Song Seung Hun dan Liu Yifei dilapokan menjalinkan hubungan cita pada tahun 2015 selepas membintangi filem Third Love.

Sumber: Soompi