Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Kesihatan Terjejas, Pemain Karakter Atan & Atuk, Datuk Jamali Shadat Hilang Selera Makan &...

Hanafis Haris 18/01/2021 | 11:13 MYT

Kesihatan pelawak veteran popular, Datuk Jamali Shadat, 78, dikatakan sedikit terjejas sejak beberapa hari lalu.

Perkara itu diluahkan oleh cucunya yang dikenali sebagai Arieff di sebuah posting di Instagramnya.

Menurut Arieff, datuknya kini mengalami hilang selera makan serta minum dan perkara itu mula disedari sejak bebeberapa hari lalu.

“Mohon doakan Datuk Jamali Shadat ya. Dalam beberapa hari atuk hilang selera makan dan minum,” katanya ringkas.
Jamali cukup sinonim dengan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan-rakan berbilang kaum sekitar era 80an.

Menerusi ruang komen, rata-rata peminat Jamali Shadat dilihat banyak menitipkan doa supaya pelawak lagenda itu diberi kesembuhan segera.

Pada masa sama, Gempak yang cuba menghubungi keluarga Jamali sejak pagi tadi masih belum mendapatkan sebarang respon daripada anak dan cucunya untuk mengetahui keadaan terkini pelawak itu.

Apapun, kami doakan supaya Jamali Shadat kembali sembuh.

Untuk rekod, Jamali Shadat sebelum ini dikatakan mengalami masalah kesihatan seperti penyakit darah tinggi dan kencing manis.

Menerusi laporan Sinar Harian, Jamali Shadat banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.

#Viral #Kesihatan #“Jamali #Shadat”
;