Laman Utama
Kesinambungan Drama Adam & Hawa, Ini 5 Sebab Kenapa Perlu Tonton Dekatnya Cinta
Selepas hampir 10 tahun, drama hit Adam & Hawa tampil dengan sebuah naskah kesinambungan dari cerita tersebut menerusi filem Dekatnya Cinta.
Aktor hebat Datuk Aaron Aziz dan Nadiya Nisa sekali lagi tampil digandingkan menerajui watak utamanya sebagai Ain Hawani & Adam Mukriz dalam filem yang ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 13 Mei (hari ini).
Tidak ketinggalan pengarah yang cukup terkenal dengan memberi sentuhan magis pada drama-drama yang meraih ‘rating tinggi’, Feroz Kader masih diberi kepercayaan untuk mengarahkan Dekatnya Cinta.
Apa yang menarik tentang Dekatnya Cinta? Ini 5 sebab kenapa anda perlu tonton filem ini:
#1 Kesinambungan Drama Hit Adam & Hawa
Seperti ramai yang sedia maklum drama bersiri Adam & Hawa pernah menjadi fenomena pada tahun 2012. Drama yang diadaptasi dari novel itu mendapat sambutan di luar jangkaan. Drama sebanyak 80 epsiod itu juga mempunyai peminatnya yang tersendiri kerana jalan ceritanya tentang bagaimana Adam Mukhriz hendak menawan hati Ain Hawani sangat mengujakan ramai.
#2 Lebih Konflik
Namun jangan bimbang, jika anda bukan pengikut drama bersiri Adam & Hawa dan tidak pernah menontonnya sebelum ini, file mini juga pasti akan membuat anda teruja kerana jalan ceritanya yang dekat dengan penonton. Naskah kali ini yang pastinya lebih banyak konflik rumah tangga apabila mereka kini sudah berkahwin selama 6 tahun.
Banyak konflik rumah tangga yang wujudl dalam file mini iaitu kepercayaan, cemburu malah wujudnya orang ketiga. Nak tahu? Kena tonton!
#3 Karakter Lebih Matang
Jika dalam drama Adam & Hawa dahulu Adam dan Ain masih dalam peringkat umur masih muda dan baru mendirikan rumah tangga, kini peringkat usia mereka lebih matang dan perkahwinan yang dibina sudah pun berusia enam tahun.
Malah dalam Dekatnya Cinta mereka sudah pun dikurniakan seorang anak perempuan. Jadi penonton boleh lihat sisi matang dua karakter ini dalam berdepan dengan konflik rumah tangga mereka.
#4 Karakter Baharu
Tambah mengujakan, filem drama romantik terbitan Global Station ini turut menampilkan teraju utama lain seperti Farah Nabilah, Datuk Fazley Yaakob dan Nadya Syahera. Lebih menarik lagi ini merupakan filem pertama Farah Nabilah selepas dia selamat bersalin anak pertama.
#5 Kemunculan Karekter Romantis Aaron Aziz
Filem ini mungkin sedikit sebanyak dapat mengubat rindu peminat Aaron Aziz yang sudah lama tidak menonton aktor ini beraksi dalam karakter yang lebih romantic. Aaron yang melakonkan watak Adam seorang yang ego dan dalam masa yang sama sangat penyayang. Namun dalam filem mini dia tergoda dengan seorang wanita yang dalam masa yang sama ada menyimpan niat tidak baik terhadap rumah tangga mereka.
Dekatnya Cinta mengisahkan tentang pasangan suami isteri Adam Mukriz dan Ain Hawani hidup bahagia sehinggalah hadir orang ketiga, Zulaika (Farah Nabilah). Adam Mukriz mula beralih arah kerana Ain Hawani tidak dapat memberi tumpuan pada keluarga disebabkan sibuk dengan kerjaya dan menyambung pengajian.
Keadaan bertambah rumit apabila Adam Mukriz ternampak Ain Hawani menerima sejambak bunga bersama Profesor Yusoff (Datuk Fazley Yaccob). Diselubungi rasa marah dan cemburu, Adam Mukriz telah melafazkan cerai. Bermulalah perjalanan hidup baru buat mereka berdua dalam berdepan dengan pelbagai dugaan.
Saksikan filem Dekatnya Cinta yang berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 13 Mei 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.